Jururawat pasrah tak jadi kahwin, bakal mertua mahu menantu doktor

Photo of author

By Syima Iza

Kerana bakal mentua mahukan menantu doktor, seorang wanita di Jawa Timur, Indonesia pasrah apabila terpaksa membatalkan perkahwinannya dengan lelaki yang dicintai.

Kisah Fia, 20, yang memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp bersama bekas teman lelaki kerana menghadiahkan sofa sempena perkahwinan lelaki itu dengan wanita lain, meraih perhatian netizen.

Perkongsian di TikTok itu tular dan ditonton lebih 862,600 kali serta dibanjiri pelbagai komen.

Jururawat pasrah tak jadi kahwin, bakal mertua mahu menantu doktor
Gambar hiasan
Fia yang menetap di Surabaya ketika dihubungi Walipop berkata, selain tidak diterima mentua, kecurangan lelaki itu menyebabkan dia tawar hati untuk mendirikan rumah tangga selepas setahun menyulam cinta.

“Kami tidak meneruskan hubungan kerana dia curang dengan saya, manakala ibunya tidak bersetuju kerana mahukan menantu doktor, sedangkan saya cuma seorang jururawat.

“Jadi saya memutuskan untuk tidak meneruskannya,” katanya yang memberitahu menghadiahkan lelaki itu sofa kerana perabot itu masih belum ada ketika mereka melakukan persiapan perkahwinan sebelum ini.

Menurutnya, sebelum ini mereka membeli rumah atas nama bersama dan berkongsi wang ansuran sejak 2023.

“Nampaknya, bakinya (pinjaman) akan diteruskan bekas teman lelaki bersama isterinya nanti. Saya ikhlaskan sahaja dan tidak mahu menuntut wang yang saya belanjakan untuk membeli rumah kami itu,” katanya.

Dakwa Fia, dia trauma dengan hubungan yang putus di tengah jalan dan terpaksa bertemu dengan pakar psikologi untuk merawat emosinya.

Baca Juga:
Lelaki kongsi petua tebuk dinding ‘gaya pro’ tanpa habuk bersepah
Wartawan kongsi ‘kejadian aneh’ berlaku sejurus penemuan telefon bimbit Nur Farah
Raja judi pengsan terkejut selepas menang RM18 juta