Jurukamera benjol atas dahi terkena sepakan ‘freekick’ padu Ronaldo

Photo of author

By Syima Iza

Jurukamera benjol atas dahi terkena sepakan ‘freekick’ padu Ronaldo

Nama Cristiano Ronaldo menjadi bualan selepas sepakan percumanya mengakibatkan seorang jurukamera cedera.

Insiden ini berlaku semasa perlawanan Saudi Pro League membabitkan Al-Raed dan Al-Nassr yang berlangsung pada awal pagi Ahad.

Jurukamera benjol atas dahi terkena sepakan 'freekick' padu Ronaldo

Ronaldo yang mengambil sepakan percuma berharap percubaan derasnya dapat menembusi gawang Al-Raed tetapi gagal. Sebaliknya, bola tersebut terkena kepala jurukamera yang berada di belakang gol sebelum melantun ke arah penonton.

Akibat sepakan kuat penyerang Portugal itu, jurukamera berkenaan mengalami benjol pada bahagian dahi. Bagaimanapun, pujian harus diberi kepada jurukamera tersebut kerana kekal profesional sambil dia membetulkan semula kedudukannya akibat insiden berkenaan.

Insiden tersebut langsung tidak mematahkan semangat Ronaldo. Bekas penyerang Manchester United itu kemudiannya meledakkan gol ketiga Al-Nassr pada minit ke-78.

Dengan dua lagi gol awal disumbang oleh Sadio Mane dan Anderson Talisca, Al-Nassr mengalahkan Al-Raed 3-1.

Selepas ini, fokus Al-Alami seterusnya ialah aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) Kumpulan E menentang Persepolis pada 20 September ini.

Baca Lagi:
Baju panas ‘kambing biri-biri’ milik Puteri Diana dilelong pada harga RM5.34 juta
Farid, Diana sahkan bakal rujuk semula sebagai pasangan suami isteri
Pengunjung Taman Tema terkemuka alami detik cemas ‘Rides’ tergantung selama 15 minit sampai basah kuyup