Jongkong emas, wang tunai milik usahawan wanita terkenal lesap, kerugian lebih RM3.5 juta

Photo of author

By Syima Iza

Seorang usahawan wanita mengalami kerugian sekitar RM3.5 juta selepas peti besi yang mengandungi jongkong emas dan wang tunai dicuri dari kediamannya, di Padang Balang, Sentul, Kuala Lumpur pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima laporan polis dibuat mangsa yang berusia 46 tahun, awal pagi Isnin.

“Ketika kejadian, rumah mangsa tidak berpenghuni dan kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya telah dirosakkan suspek.

Jongkong emas, wang tunai milik usahawan wanita terkenal lesap, kerugian lebih RM3.5 juta

“Pasukan forensik turut dipanggil ke lokasi untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, anggaran kerugian adalah RM3.5 juta kerana membabitkan jongkong emas, beberapa buah beg tangan pelbagai jenama, barangan kemas milik ahli keluarganya dan wang tunai.

“Sehubungan itu, satu kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Kes masih di dalam siasatan pihak polis. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menyalurkan maklumat pada IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Baca Juga:
Lelaki putus tunang kerana ‘kantoi’ curang jadi sasau rindu bekas tunang
Jangan main beli je boleh terbakar! Ini 4 jenis wayar ‘extension’ yang beza fungsinya
Rupa-rupanya tersalah letak ‘key’ punca The Gadys nyanyi sumbang