Jiran warga emas rogol nenek 95 tahun, anak saudara istighfar lihat kejadian depan mata

Photo of author

By Syima Iza

Jiran warga emas rogol nenek 95 tahun, anak saudara istighfar lihat kejadian depan mata. Benarlah, nafsu tidak mengenal usia.

Dalam satu kejadian di sebuah perkampungan di Sukakarya, wilayah Bekasi, Jawa Timur, seorang nenek berusia 95 tahun dilaporkan diperkosa oleh seorang warga emas berusia 65 tahun.

Menurut seorang pegawai kanan polis, Gogo Galesung, mangsa dilaporkan jatuh sakit selepas diperkosa dan kini sedang dirawat di hospital.

Jiran warga emas rogol nenek 95 tahun, anak saudara istighfar lihat kejadian depan mata

Menurutnya, dalam kejadian yang berlaku pada 5 Februari lalu, kejadian disedari oleh anak saudara mangsa yang ketika itu mahu menghantar beras.

“Jadi, pelaku ditangkap oleh anak saudara mangsa yang mahu menghantar beras,” katanya.

Tambahnya, anak saudara mangsa menangis dan beristigfar sebaik melihat kejadian tersebut.

Mangsa dikatakan tidak ditutupi sehelai benang, manakala pelaku, yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa, hanya memakai baju dan tidak berseluar ketika itu.

Dalam pada itu, dilaporkan, pelaku juga dimasukkan hospital selepas kejadian namun tidak dinyatakan dengan lanjut mengenai keadaannya.

Kejadian tersebut turut tular di media sosial dan menjadi buah mulut orang kampung.

Baca Lagi:
Warga emas tak ambil ‘jamu’ rogol pelajar sekolah menengah 109 kali
“Gagap & selalu dihina waktu kecil.”- Ini 9 kisah hidup Mr Bean yang ramai tak tahu. Sedih
Suami askar kaki hutang, isteri hamil menangis luah perasaan di radio baki gaji selalu negatif