Jiran minta bayar pampasan RM1,862 selepas tuduh nenek usia 80 tahun curi kelapa

Photo of author

By Syima Iza

Jiran minta bayar pampasan RM1,862 selepas tuduh nenek usia 80 tahun curi kelapa.

Seorang lelaki di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia membuat laporan polis kerana menuduh jirannya mencuri 20 biji kepala miliknya, lapor laman berita Suara.com.

Kes dilaporkan oleh Asmad, 47, terhadap jirannya, Julia menjadi tular kerana melibatkan ibu wanita itu, Jaenab yang berusia 80 tahun.

Jiran minta bayar pampasan RM1,862 selepas tuduh nenek usia 80 tahun curi kelapa

Ketika disoal siasat, Julia mengaku bahawa 20 biji kepala itu diambil atas arahan ibunya.

Julia hairan mengapa dia dilaporkan kepada polis kerana orang yang memanjat pokok kepala itu adalah Hairul iaitu lelaki yang menyewa di rumah Asmad.

Menurut Jaenab, dia mengarahkan Hairul mengambil 20 biji kelapa, namun lelaki itu dikatakan tersalah tempat kerana memanjat pokok kelapa berdekatan rumah jirannya.

Jaenab tidak berniat untuk mencuri kelapa orang lain lebih-lebih lagi pokok kelapa itu dipanjat pada waktu siang.

Walaupun sudah meminta maaf, Asmad bertegas melaporkannya kepada polis dan meminta pampasan 6 juta rupiah (RM1,862).

“Dari mana kami dapat duit sebanyak itu, nak makan pun susah,” katanya.

Disebabkan tiada persetujuan dalam perundingan itu, sesi seterusnya akan diadakan sekali lagi.

Baca Lagi:
Tular trend makan mata lembu mentah-mentah, warganet kata mujarab rawat sakit asma dan buah pinggang
Beza diesel hos biru dengan hos hitam, yang mana satu lebih power?
‘Rafidah, anak kamu di tangan aku, kalau kamu main-main, kita akan bunuh anak kamu’