Jiran kianat racun 28 ekor ikan mahal bernilai RM142k

Photo of author

By Syima Iza

Jiran kianat racun 28 ekor ikan mahal bernilai RM142k.

]Seorang nenek mendakwa jirannya sengaja meracuni 28 ekor ikan peliharaannya yang bernilai £25,000 (RM142,433) selepas satu pertengkaran, lapor portal berita metro.co.uk semalam.

Christine Whiteley, 70, terkejut selepas bangun daripada tidur dan mendapati kolam menempatkan ikannya diselaputi buih putih tebal dipercayai dicemari bahan pencuci.

Jiran kianat racun 28 ekor ikan mahal bernilai RM142k

Nenek kepada empat cucu itu cuba menyelamatkan semua ikan tersebut yang sebahagiannya melebihi 5.08 sentimeter panjang dengan menyiram air bersih.

Hanya seekor ikan emas terselamat, manakala ikan lain termasuk koi ditanam dalam ‘kubur besar’ di tanah milik rakan keluarganya.

Christine juga mempertimbangkan untuk berpindah dari rumah yang didiaminya selama 48 tahun di Alfreton, Derbyshire kerana percaya perbuatan khianat itu dilakukan oleh penduduk setempat.

“Saya kecewa, begitu juga anak perempuan saya (ekoran tragedi itu). Ikan-ikan itu mahal. Saya sangat merindui haiwan peliharaan saya,” katanya.

Baca Juga:
Pokok getah paling tua di Seremban bernilai RM750,000
Kucing jalanan Malaysia bernama ‘baby’ jadi juara dunia
Ini jumlah sepatutnya dimiliki rakyat Malaysia dalam akaun Simpanan KWSP ketika umur cecah 35 tahun