Jip safari terbalik masuk parit dikejar badak sumbu, 6 pengunjung cedera

Jip safari terbalik masuk parit dikejar badak sumbu, 6 pengunjung cedera

Jip safari terbalik masuk parit dikejar badak sumbu, 6 pengunjung cedera. Kejadian di India, keseronokan pengunjung yang datang ke safari bertukar menjadi tragedi apabila sebuah jip safari yang dinaiki mereka terbalik ke dalam parit ketika pemandu cuba mengelak daripada diterkam dua badak sumbu yang sedang berlari ke arah mereka.

Sebuah video yang tular menunjukkan haiwan itu muncul ketika pelawat sedang merakam gambar dari bahagian belakang kenderaan tersebut.

Jip safari terbalik masuk parit dikejar badak sumbu, 6 pengunjung cedera

Mujur, pemandu jip itu bertindak dengan berundur dengan cepat ketika haiwan tersebut berlari ke arah mereka.

Jip tersebut walau bagaimanapun tetap terbabas dan terbalik dengan keadaan penumpang berada di dalamnya.

Kesan daripada kemalangan tersebut, enam orang telah tercedera dan dilaporkan kini berada di pusat kesihatan Madarihat.

Baca Lagi:
Baru seminggu kahwin, mak mertua paksa anak kahwin lain jika isteri belum mengandung
Rezeki terpijak, peniaga โ€˜bundleโ€™ terkejut temui wang tunai lebih RM20,000 dalam guni pakaian terpakai
Anwar terima anugerah ijazah doktor kehormat โ€˜Doctor of Lawโ€™ dari universiti Filipina
CATEGORIES