Jika tinggal di Lembah Kelang, berbelanja RM22 sudah cukup untuk makan sehari

Photo of author

By Syima Iza

Jika tinggal di Lembah Kelang, berbelanja RM22 sudah cukup untuk makan sehari.

Baru-baru ini, sebuah kajian telah memaparkan anggaran kos makanan seharian bagi mereka yang menetap di Lembah Klang.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @TheFuturizts di laman X, Belanjawanku Study berkongsi jumlah kos makanan seharian bagi seorang individu, yang merangkumi sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam dan minum petang.

Jika tinggal di Lembah Kelang, berbelanja RM22 sudah cukup untuk makan sehari

Jika anda tinggal di Lembah Klang, Belanjawanku Study menganggarkan bahawa anda hanya perlu berbelanja RM22 sehari untuk makanan.

• Sarapan pagi: RM4.90

• Makan tengah hari: RM9.00

• Makan malam: RM6.50

• Minum petang: RM1.90

Jumlah: RM22/sehari

Kos bulanan: RM660

Namun begitu, @TheFuturizts turut menunjukkan realiti harga makanan sekarang yang tidak boleh dinafikan memang mahal

Realitinya, gerai nasi ekonomi mengenakan caj RM10-15 sepinggan sekarang. Gerai penjaja seperti nasi lemak dan chee cheong fun pula mengenakan bayaran RM8 hingga 10.

Manakala minuman pula, kosnya boleh naik dengan mudah sehingga RM15 ke RM20, yang merupakan keseluruhan belanjawan harian anda berdasarkan kajian.

Baca Lagi:
Harga cecah jutaan ringgit, ini senarai rumah paling mahal di Malaysia
Boleh ke makan biskut berbentuk haiwan? Ini jawapannya
Isteri nekad seret, langgar suami sampai patah kaki selepas ‘kantoi’ curang