Jika perkara ini berlaku, berjuta rakyat Malaysia akan hilang kerja

Jika perkara ini berlaku, berjuta rakyat Malaysia akan hilang kerja

Kemajuan dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) dan Pembelajaran Mesin (ML) semakin menggugat stabiliti pekerjaan di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

Syarikat-syarikat besar kini telah mula menggunakan teknologi ini untuk meningkatkan kecekapan dan mengekang kos, namun implikasinya terhadap pekerjaan manusia semakin dirasai.

Menurut Kementerian Sumber Manusia Malaysia, lebih daripada 4.5 juta rakyat berisiko kehilangan pekerjaan menjelang 2030 jika mereka gagal mengemaskini kemahiran mereka mengikut keperluan pasaran, lapor Majoriti.

Jika perkara ini berlaku, berjuta rakyat Malaysia akan hilang kerja

Menurut Profesor Niusha Shafiabady dari Universiti Charles Darwin, beberapa sektor pekerjaan berada dalam risiko yang tinggi.

Sektor pekerjaan asas, sokongan, dan perkhidmatan pelanggan adalah yang paling terjejas.

Contohnya, restoran di Jepun dan Eropah sudah mula menggantikan pekerja manusia dengan robot AI dalam beberapa tugas seperti penghantaran pesanan. Fenomena serupa juga telah mula diperhatikan di Malaysia.

Teknologi AI dan ML juga mengancam pekerjaan yang berkaitan dengan pemprosesan data dan kemasukan data.

Pekerjaan pentadbiran mungkin digantikan oleh sistem AI yang mampu mengumpulkan, menganalisis, dan memproses data secara automatik.

Selain itu, teknologi ini cenderung lebih murah daripada menggaji pekerja manusia, menyebabkan syarikat-syarikat menggunakan AI untuk menjimatkan kos mereka.

Laporan Forum Ekonomi Dunia 2023 menunjukkan penurunan yang ketara dalam sektor pekerjaan berasaskan pertanian, termasuk penurunan lebih daripada 50% dalam pekerjaan perkhidmatan pelanggan yang kini digantikan oleh chatbot dan bantuan maya berbentuk AI.

Sektor seperti penyeliaan pengeluaran, penyelenggaraan sistem, dan kerja dalam sektor perbankan dan perakaunan juga terancam oleh perisian AI.

Baca Juga:
Esther terpaku bertentang mata dengan Zii Jia
Terkini : Pesawat ringan terhempas di Felda Gunung Besout, Perak
Ramai yang tak tahu dengan hanya bermodalkan RM1 boleh shopping di Shopee
CATEGORIES