Jeti roboh: Guru terjun laut selamatkan anak murid. Lebih 10 orang murid sekolah rendah diselamatkan guru selepas mereka terjatuh ke dalam laut gara-gara sebuah jeti roboh.
Video kejadian tersebut mulai tular di media sosial, selepas dimuat naik oleh akaun Twitter @jonjonahah, pagi Isnin.
“Dapat daripada group WhatsApp. Kesiannya budak-budak sekolah. Semoga semuanya selamat dan baik-baik saja. Semoga Allah balas jihad mereka dengan masa depan yang baik,” tulisnya mengiringi perkongsian tersebut.
Apa yang lebih menyentuh hati, ada dalam kalangan guru lelaki basah lencun kerana sanggup terjun ke laut demi menyelamatkan nyawa para pelajar.
Tiada sebarang butiran yang dikongsikan mengenai kejadian tersebut.
Namun difahamkan ia berlaku di sebuah jeti dipercayai di Pulau Pababag, Semporna, Sabah.
Perkongsian tersebut mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen dengan rata-ratanya memuji guru-guru kerana bertindak pantas demi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Dalam pada itu, ramai yang memohon agar wakil rakyat atau kerajaan mengambil tindakan pantas supaya insiden yang sama tidak berulang, lebih-lebih lagi ia membabitkan soal keselamatan dan nyawa.
“Patut bagi pingat dekat cikgu-cikgu ni. Dengan baju kemeja, kasut bagai terjun dalam air nak selamatkan murid-murid. Entah-entah handphone beliau pun turut rosak bukan setakat kasut jer.
“Terasa sedih tengok adik pakai baju purple yang dekat atas bot tu menangis. Moga mereka dipermudahkan urusan.
“Allahu kesiannya. Kita dekat sini banyak kemudahan pun masih lagi tak bersyukur.
“Cikgu juga yang hero,” demikian antara komen netizen.
Sehingga artikel ditulis, masih belum dapat dipastikan keadaan mangsa yang terjejas.
tengok tiang pun dah tahu tunggu masa je jeti tu nak roboh… kesian sangat. sampai bila anak2 pulau pedalaman nak hadap benda macam ni 🥺 mana eh ahli ahli politik? nda mahu bantu ka?
from this. to this. pic.twitter.com/zgPbM68S1T
— عدني🦋 (@adnrahman) January 30, 2023