Jenis mangga yang popular di Malaysia, orang kata no. 3 isi sedap dan manis leting!

Photo of author

By Syima Iza

Jenis mangga yang popular di Malaysia, orang kata no. 3 isi sedap dan manis leting!

Selalunya kita mendengar tentang mangga Harumanis sahaja, tetapi sebenarnya terdapat banyak lagi jenis mangga yang dijual di Malaysia yang isinya juga manis dan sedap.

Selain dimakan begitu sahaja, mangga juga sering digunakan untuk menghasilkan pelbagai hidangan menarik seperti pulut mangga, rojak buah, kek, puding, aiskrim dan sebagainya.

Jenis mangga yang popular di Malaysia, orang kata no. 3 isi sedap dan manis leting!

Ini antara jenis mangga yang popular di Malaysia yang sering dijual di kedai buah. Setiap jenis mempunyai rasa isi dan aroma tersendiri. Mari kita lihat!

JENIS MANGGA YANG POPULAR DI MALAYSIA

1. Chokanan (MA 224)

Jenis mangga yang popular di Malaysia, orang kata no. 3 isi sedap dan manis leting!

Chokanan merupakan sejenis mangga dari Thailand yang mempunyai berat antara 300 hingga 400 gram dan sering ditemui di kedai buah kerana ia tumbuh sepanjang tahun.

Isinya berwarna kuning jingga dan mempunyai aroma yang tersendiri. Selain itu, rasanya yang manis menjadikan buah ini sangat digemari oleh kanak-kanak.

2. MAHA 65 (MA 165)

Jenis mangga yang popular di Malaysia, orang kata no. 3 isi sedap dan manis leting!

Jika nampak mangga berbentuk panjang dan bujur, itulah MAHA 65 dengan berat sekitar 550 hingga 600 gram dan isinya berwarna oren pekat.

Walaupun rasanya agak masam manis, namun teksturnya sangat lembut. Warna kulit hijau muda dan apabila sudah tua, ia berubah menjadi kuning kehijauan.

3. Harumanis (MA 128)

Jenis mangga yang popular di Malaysia, orang kata no. 3 isi sedap dan manis leting!

Orang Malaysia mana yang tak kenal dengan Harumanis. Boleh dikatakan, inilah mangga paling popular yang sering dijumpai di bahagian utara Semenanjung Malaysia.

Berat mangga ini agak kecil iaitu 340-450 gram dan warna kulitnya hijau. Apabila sudah masak ranum, ia akan menjadi hijau tua. Ramai suka kerana isinya manis dan aromanya sangat kuat.

4. Nam Dok Mai (MA 223)

Jenis mangga yang popular di Malaysia, orang kata no. 3 isi sedap dan manis leting!

Salah satu jenis mangga dari Thailand yang paling mudah dikenali ialah Nam Dok Mai kerana bentuknya yang sangat unik, iaitu bujur panjang dan mempunyai berat antara 300 hingga 400 gram.

Kulit buah ini berwarna hijau dan akan bertukar menjadi hijau kekuningan apabila sudah masak. Isinya bertekstur licin dengan warna kuning cerah dan rasa yang manis.

5. Foo Fatt atau Golek (MA 162)

Jenis mangga yang popular di Malaysia, orang kata no. 3 isi sedap dan manis leting!

Mangga Golek atau dikenali sebagai Foo Fatt ini berbentuk lonjong panjang yang mempunyai berat sekitar 600 hingga 650 gram. Kulit buah akan menjadi hijau kekuningan atau hijau cerah apabila sudah masak dan matang.

Warna isinya adalah oren dan mempunyai sedikit fiber. Walaupun sukar dijumpai, namun mangga ini mempunyai peminatnya tersendiri kerana rasa masam yang kena dengan citarasa.

6. Melele atau Mas Muda (MA204)

Jenis mangga yang popular di Malaysia, orang kata no. 3 isi sedap dan manis leting!

Mangga Melele atau juga dikenali sebagai Mas Muda mempunyai bentuk bulat panjang dan berat sekitar 350 hingga 400 gram.

Kulitnya berwarna hijau cerah dengan isi berwarna kuning cerah yang bertekstur halus. Selain itu, mangga ini mempunyai keistimewaan dalam kombinasi rasa masam dan manis.

Untuk mencari jenis mangga tertentu, anda perlu melihat pada musimnya. Jika ingin kepastian, lebih baik tanya terus kepada peniaga di kedai buah yang lebih arif tentang jenis mangga yang dijual.

Semoga bermanfaat!

Baca Lagi:
Tiada lagi gigi palsu, penyelidik Jepun kaji ubat boleh tumbuhkan semula gigi
Tak perlu beli perangkap lipas, ini 5 tip mudah halau lipas dalam kereta
Pengantin bersanding di tanah perkuburan raih perhatian ramai