Jenazah suami dibakar walaupun sudah peluk Islam, ini penjelasan pelakon Jennifer Coppen

Photo of author

By Syima Iza

Jenazah suami dibakar walaupun sudah peluk Islam, ini penjelasan pelakon Jennifer Coppen.

Baru-baru ini, kecoh di laman sosial apabila jenazah Dali Wassink, suami kepada pelakon Jennifer Coppen dari Indonesia, diuruskan secara kremasi atau dibakar.

Walaupun sudah memeluk Islam, ramai netizen tertanya-tanya mengapa jenazah Dali tidak dikebumikan seperti jenazah Muslim lain.

Mualaf

Media Indonesia melaporkan bahawa urusan pembakaran jenazah telah diuruskan oleh keluarga Dali sementara Jennifer tidak mempunyai kudrat untuk berbuat apa-apa.

Jenazah suami dibakar walaupun sudah peluk Islam, ini penjelasan pelakon Jennifer Coppen

Namun, ketika upacara menabur abu di Pantai Lembeng, Bali pada Ahad, Jennifer membuka mulut dan menjelaskan sebab utama mengapa jenazah suaminya dibakar, bukan dikebumikan.

“Kenapa Papa Dali (panggilan untuk suaminya) dibakar? Saya mahu minta kalian hargai sahaja keputusan keluarga. Dan itu memang permintaan Papa Dali,” jelas Jennifer.

Walaupun begitu, Jennifer menegaskan bahawa Dali telah memeluk Islam. Namun, Dali masih belajar dan belum mengerti soal kewajiban dikebumikan.

“Memang Papa Dali mualaf, Papa Dali baru belajar agama Islam dan dia belajar (tentang agama Islam). Sebelum makan dia baca Bismillah, sebelum Kamari (anak) makan diminta baca Bismillah. Masuk rumah sebut Assalamualaikum,” ungkap Jennifer.

“Tapi mungkin belum belajar banyak, jadi Papa Dali belum terlalu mengerti tentang agama Islam. Dan memang itu permintaan Papa Dali… Dia ingin dibakar. Tolong dihargai sahaja keputusan Papa Dali. Sekarang Papa Dali sudah tenang,” katanya lagi.

Jennifer Coppen juga membantah isu lain. Dengan tegas, dirinya mengaku sudah mengadakan tahlil di rumah walaupun tidak dikongsi ke media sosial. Difahamkan, Jennifer menyimpan sebagian abu Dali dalam botol kecil yang dijadikan kalung.

Untuk rekod, Dali Wassink meninggal dunia di hospital selepas mengalami kemalangan jalan raya di Jalan Sunset Road, Kuta, Bali pada 18 Julai 2024.

Sumber

Baca Juga:
Raja dadah dicekup polis setelah ‘dikantoikan’ isteri dalam IG
Penyokong Terengganu bengang beli burger dalam stadium dapat ‘secubit’ daging
Lelaki pandu Bezza hitam umpan budak RM50 sebelum culik