Jemaah Umrah terkejut lihat peminat hilang akal serbu aktor Korea di KLIA

Photo of author

By Syima Iza

Jemaah Umrah terkejut lihat peminat hilang akal serbu aktor Korea di KLIA. Kekecohan orang ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, akhirnya terjawab dengan ketibaan pelakon terkenal Korea Selatan, Park Seo Joon, di Malaysia.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ariffsyauqi di TikTok, kelihatan peminat-peminat Seo Joon berlari dan menjerit ketika menyambut ketibaannya.

Pengguna tersebut kemudiannya membandingkan situasi tersebut dengan jemaah umrah yang sedang menunggu untuk berlepas ke Tanah Suci, tidak jauh dari kawasan terbabit.

Jemaah Umrah terkejut lihat peminat hilang akal serbu aktor Korea di KLIA

Kelihatan jemaah umrah tersebut ‘terlopong’ dan terhibur dengan gelagat peminat-peminat setia aktor Korea Selatan itu.

Video tersebut kemudiannya mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-ratanya terdiri daripada peminat Seo Joon, tidak berpuas hati dengan perbandingan tersebut.

“Tidak perlu nak banding-bandingkan orang sambut artis dan orang nak pergi umrah. Lebih baik fokus dekat ibadah,” komen seorang pengguna.

“Mereka nampak gembira. Biarlah, setiap orang ada minat masing-masing kan. Kita hormati satu sama lain,” luah seorang lagi pengguna.

Namun, ada juga yang menganggap perkara tersebut keterlaluan kerana seperti ‘mengagungkan’ artis tersebut.

“Sama macam hari itu masa Lee Min Ho datang. Terjerit-jerit dan berlari sampai selipar bersepah pun dorang tidak ingat apa dah. Langgar budak pun dah takde ambik kisah,” komen pengguna lain.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 134,200 tontonan, 13,500 tanda suka dan 1,065 perkongsian.

Baca Lagi:
Tular video rider samseng terajang ‘Pak Guard’ undang rasa tak puas hati orang ramai+
Model berusia 28 tahun dibunuh kejam, tubuh dikerat, kepala masih belum ditemui
Pengendali pasar raya Giant akan henti beroperasi di Malaysia