Jemaah masjid terkejut bayi ditemui atas sejadah

Jemaah masjid terkejut bayi ditemui atas sejadah

Suara bayi menangis di ruang solat menggemparkan kira-kira 20 jemaah Masjid Kampung Lubuk Kulit di sini, kira-kira jam 5.30 pagi tadi.

Difahamkan bayi perempuan itu dibuang di dalam masjid tersebut sebelum ditemui oleh jemaah masjid yang datang untuk menunaikan solat subuh.

Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Lubuk Kulit, Mazlan Jali berkata, dia terdengar bunyi tangisan bayi di dalam ruang masjid sebelum melihat jemaah wanita mengelilingi bayi itu.

Jemaah masjid terkejut bayi ditemui atas sejadah

“Bayi perempuan ini ditemui oleh jemaah wanita yang datang lebih awal. Ketika ditemui, bayi yang berusia beberapa hari ini diletakkan di atas sejadah berlipat dan diselimuti kain,” katanya tadi.

Menurutnya, jemaah serta penduduk kampung terkejut berikutan belum pernah berlaku kejadian pembuangan bayi di kampung itu.

“Kami amat sedih dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab membuang bayi tidak berdosa di dalam masjid. Bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Lipis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man mengesahkan penemuan bayi perempuan yang baharu dilahirkan di ruang solat wanita di masjid itu.

“Kejadian pada jam 5.30 pagi itu dimaklumkan oleh seorang penduduk Kampung Lubuk Kulit kepada anggota Balai Polis Padang Tengku di sini.

“Ketika ditemui, bayi itu dalam keadaan baik dan masih mempunyai tali pusat. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi,” katanya.

Baca Juga:
Orang Korea jual ‘Lemang Instant’ selamba campak dalam api buat netizen terkejut
“31 tahun mengajar belum pernah jumpa anak murid macam Anwar” – Bekas guru
Opah guna ‘dron’ pantau kebun durian buat orang ramai kagum
CATEGORIES