Jemaah kecewa ‘makcik’ herdik wanita depan khalayak ramai kerana bawa anak ke masjid

Photo of author

By Syima Iza

Jemaah kecewa ‘makcik’ herdik wanita depan khalayak ramai kerana bawa anak ke masjid.

Melentur buluh, biarlah daripada rebungnya — itulah kata hikmah orang dahulu untuk mengajar sesuatu bermula ketika anak-anak masih kecil lagi.

Baru-baru ini, segelintir penduduk Putra Heights meluahkan rasa kekecewaan apabila ada seorang wanita berpangkat ‘mak cik’ mengherdik seorang wanita yang membawa anak kecil ke sebuah masjid di kawasan perumahan tersebut.

Jemaah kecewa 'makcik' herdik wanita depan khalayak ramai kerana bawa anak ke masjid

“Assalamualaikum. Kepada keluarga mak cik ini, saya kaburkan muka ini. Mak cik kena selami lagi fungsi masjid. Jangan sesuka hati nak herdik orang di khalayak ramai.
“Makcik cakap orang tak ada adab sebab bawa anak ke masjid. Makcik, ini masjid bukan rumah. Kalau mak cik nak khusyuk, tak nak bising, tak nak ada gangguan, mak cik saja yang solat di rumah.
“Orang lain datang ke masjid dengan anak kecil, mak cik tak boleh nak halang. Masjid ini sesiapa saja boleh datang. Orang bermusafir nak solat, mak cik marah. Adab mak cik pulak di mana?” luah individu yang tidak dikenali.

Jemaah kecewa 'makcik' herdik wanita depan khalayak ramai kerana bawa anak ke masjid

Menurut beberapa saksi yang berada di tempat kejadian baru-baru ini, mak cik itu terus memarahi si ibu dengan kuat walaupun dia sudah meminta maaf banyak kali.

Difahamkan kejadian itu bukanlah pertama kali, sebaliknya ia pernah berlaku kepada jemaah lain sebelum ini.

Hal seumpama ini menyebabkan ramai ibu bapa memilih untuk tidak lagi membawa anak kecil ke masjid.

Warganet berharap agar pihak masjid dapat mengambil tindakan bagi mengelakkan perkara seperti ini berlarutan. Mereka bimbang generasi baharu akan terus menjauhi masjid pada masa akan datang.

Sumber : Facebook

Baca Lagi:
Banglo milik Sajat turun harga lagi menjadi RM3.79 juta, dah 3 kali lelong masih tiada pembida
Terdesak mahu guna duit, lelaki tahan kereta peronda polis untuk jual jam ‘G-Shock’
Rezeki selepas beli rantai emas kepada isteri, lelaki menang cabutan bertuah RM4.3 juta