“Jauh beza dengan orang Vietnam”- Mat Salleh datang Malaysia terkejut lihat ramai orang gemuk

Photo of author

By Syima Iza

“Jauh beza dengan orang Vietnam”- Mat Salleh datang Malaysia terkejut lihat ramai orang gemuk.

Banyak kajian di internet menunjukkan Malaysia sebagai negara dengan kadar obesiti tertinggi di ASEAN.

Perkara ini menarik perhatian seorang pelancong warga asing, Alex, untuk menyelidik sendiri kebenaran dakwaan tersebut. Dia terbang ke Malaysia dan Vietnam, yang dikenali sebagai negara paling sihat di Asia Tenggara, untuk melihat perbezaan pemakanan dan gaya hidup di kedua-dua negara.

"Jauh beza dengan orang Vietnam"- Mat Salleh datang Malaysia terkejut lihat ramai orang gemuk

Pengalaman di Vietnam

Dalam video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @alexwandersyt, Alex memulakan perjalanan di Vietnam, yang hanya memiliki kadar obesiti sekitar 2%.

Menurut Alex, makanan di Vietnam kebanyakannya berasaskan bahan segar.

“Kalori rendah, kaya dengan sayur-sayuran, dan penuh dengan protein tanpa lemak.

“Selain itu, gaya hidup di sini sangat aktif. Seawal pukul 6 pagi, ramai orang sudah berada di tepi pantai untuk berjoging, berlari, atau melakukan yoga,” jelasnya.

@alexwandersyt Travelling from the skinniest to the fattest country 🤯 #vietnam #malaysia #food ♬ original sound – Alex Wanders

Pemerhatian di Malaysia

Namun, ketika tiba di Malaysia, Alex terkejut dengan gaya pemakanan dan gaya hidup masyarakat di sini. Dia menyatakan kadar obesiti di Malaysia adalah sesuatu yang luar biasa.

Menurut Alex, makanan segera, minuman manis, dan makanan proses sangat mudah didapati di mana-mana.

“Malah mereka (orang Malaysia) meletakkan gula dalam salad,” katanya.

Alex juga menyifatkan Malaysia sebagai negara paling “kurang mesra pejalan kaki” yang pernah dia lawati. Dia menganggap melintas jalan di Kuala Lumpur sangat mencabar, yang menjadi kesukaran tambahan untuk pelancong asing.

Reaksi Netizen

Netizen bersetuju dengan pemerhatian Alex dan menjelaskan bahawa budaya makan di Malaysia tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan seharian.

Fenomena “makanan viral” turut menyumbang kepada kadar obesiti yang tinggi di negara ini, kata mereka.

Baca Juga:
“Real Old Money”- Lelaki ini tunjuk hasil simpanan Bitcoin selama 8 tahun hampir cecah RM1 juta
Dah 6 bulan kahwin, rupanya pernikahan Rizky Febian & Mahalini tidak sah
Gelagat pakcik saman 3 anggota polis trafik berhenti di lampu merah raih perhatian ramai