“Jat, awak ayah yang hebat..” – Netizen sebak Sajat kembali bersatu dengan anak-anak.
Usahawan sensasi, Nur Sajat, meluahkan rasa syukur apabila dapat bersatu semula dengan kedua-dua anak angkatnya di Australia baru-baru ini.
Menurut Sajat menerusi hantaran di Instagram, dia sudah hampir empat tahun tidak bertemu dengan anak-anak angkatnya, Syaza dan Syahmi.
“Akhirnya, kami bersatu semula,” tulis Sajat dalam kapsyen di Instagram.
“Jat, Awak Ayah Yang Hebat…”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat mereka kembali bersatu. Ramai yang mendoakan agar Sajat dapat meluangkan masa berkualiti bersama Syaza dan Syahmi.
“Jat, awak ayah yang hebat 😭. Kami pun tak sanggup berjauhan dengan anak-anak.”
“Janganlah perli Sajat. Orang yang beli kucing pun cakap kucing tu ‘anak’. Awak tu ‘mak’. Nak kategorikan apa? Tak kira Sajat ni ayah hebat ke, ibu hebat ke, yang penting Sajat ni penjaga.”
Selepas hampir 5 tahun tak jumpa anak , sajat dapat bersama anak kembali. Kuat pengorbanan seorang ayah ni pic.twitter.com/ZYg2WqOEWG
— mhmmdhsm (@mhmmdhsm) September 4, 2024
“OMG, dah besar anak-anak Sajat!”
“Saya gembira untuk awak ❤️, jaga diri dan luangkan masa sepenuhnya bersama anak-anak tersayang.”
“Alhamdulillah, akhirnya. Saya gembira untuk awak 🥺🤍.”
“Alhamdulillah ya Allah. Anak-anak dah sampai ke penjaga mereka. Semoga mereka bahagia.”
“Finally! Saya sangat gembira untuk awak ❤️❤️❤️!! Dah lama saya doa agar perkara ini berlaku untuk awak! Nikmati hari awak, Jat! Awak layak untuk kebahagiaan ini!”
“Alhamdulillah Sajat, saya sangat gembira untuk awak… Tolong luangkan masa berkualiti dengan dua permata indah awak.”