Jarang nampak warna putih & hijau, ini maksud sebenar 8 warna baju banduan dalam penjara yang ramai tak tahu

Photo of author

By Syima Iza

Jarang nampak warna putih & hijau, ini maksud sebenar 8 warna baju banduan dalam penjara yang ramai tak tahu.

Ramai yang tidak tahu, rupanya ini maksud sebenar di sebalik 8 warna pakaian yang dipakai oleh banduan di penjara. Seperti yang diketahui umum, penjara adalah tempat bagi pesalah yang telah disabitkan hukuman oleh pihak mahkamah.

Penjara juga berfungsi sebagai institusi penahanan dan pemulihan yang dilengkapi dengan jentera dan sumber manusia berkualiti bagi melaksanakan visi, misi, dan objektif yang telah ditetapkan.

Jarang nampak warna putih & hijau, ini maksud sebenar 8 warna baju banduan dalam penjara yang ramai tak tahu

Di dalam penjara, banduan mengenakan pakaian mengikut warna atau ‘kod’ tertentu. Namun, tahukah anda maksud di sebalik warna-warna pakaian yang dipakai oleh banduan? Jom kami kongsikan.

1. Oren

Jarang nampak warna putih & hijau, ini maksud sebenar 8 warna baju banduan dalam penjara yang ramai tak tahu

Pakaian berwarna oren menunjukkan individu tersebut masih belum dikategorikan sebagai banduan. Ia adalah pakaian lokap untuk mereka yang ditahan dan masih di bawah seliaan penuh pihak polis.

2. Ungu

Jarang nampak warna putih & hijau, ini maksud sebenar 8 warna baju banduan dalam penjara yang ramai tak tahu

Pakaian berwarna ungu pula menunjukkan individu dalam tahanan reman, iaitu Orang Kena Tuduh (OKT) yang sedang menjalani proses perbicaraan mahkamah.

3. Putih

Jarang nampak warna putih & hijau, ini maksud sebenar 8 warna baju banduan dalam penjara yang ramai tak tahu

Pakaian putih digunakan oleh banduan yang menjalani hukuman singkat, iaitu kurang daripada enam bulan, atas pelbagai kesalahan yang telah disabitkan oleh mahkamah. Mereka juga diwajibkan mengikuti program kesedaran dan pemulihan oleh Jabatan Penjara Malaysia sebelum dibebaskan.

4. Merah

Jarang nampak warna putih & hijau, ini maksud sebenar 8 warna baju banduan dalam penjara yang ramai tak tahu

Pakaian merah, atau ‘kolar merah,’ adalah untuk penghuni penjara yang menjalani hukuman jangka panjang (6 bulan ke atas). Mereka akan memakai pakaian ini selama tiga bulan sebelum ditukarkan kepada warna lain.

5. Hijau

Jarang nampak warna putih & hijau, ini maksud sebenar 8 warna baju banduan dalam penjara yang ramai tak tahu
‘Kolar hijau’ adalah peringkat kedua yang dipakai selepas banduan menjalani hukuman selama 3 bulan hingga 18 bulan (1 tahun dan 6 bulan). Mereka akan mengikuti program Pengukuhan Sahsiah (PPI), yang merangkumi pembelajaran agama dan terapi kemasyarakatan.

6. Biru

Jarang nampak warna putih & hijau, ini maksud sebenar 8 warna baju banduan dalam penjara yang ramai tak tahu
Pakaian ‘kolar biru’ adalah untuk mereka yang telah menghuni penjara lebih daripada 18 bulan. Mereka telah menghabiskan fasa pembelajaran PPI dan layak bekerja di bengkel-bengkel yang disediakan di dalam penjara.

7. Hijau Terang atau Hijau Florescent

Jarang nampak warna putih & hijau, ini maksud sebenar 8 warna baju banduan dalam penjara yang ramai tak tahu
Pakaian berwarna hijau terang atau hijau florescent merujuk kepada banduan ‘pra-bebas’. Ini adalah penghuni yang mempunyai baki hukuman kurang dari 3 bulan sebelum dibebaskan.

8. Putih dengan Kolar dan Lengan Merah

Jarang nampak warna putih & hijau, ini maksud sebenar 8 warna baju banduan dalam penjara yang ramai tak tahu
Pakaian terakhir ialah baju putih dengan kolar dan lengan merah. Ini merupakan peringkat yang paling ‘menakutkan’. Mereka yang memakainya dikategorikan sebagai ‘banduan akhir’ (BA) – penghuni yang sedang menunggu sama ada untuk menjalani hukuman gantung atau menunggu keputusan mahkamah agung untuk pengurangan hukuman mati kepada hukuman penjara seumur hidup.

Semoga kita semua dijauhkan daripada melakukan perkara yang menyalahi undang-undang! 🙂

Baca Juga:
Hukum gantung ayat Al-Quran pada dinding rumah yang ramai tak tahu
Bukan sekadar tengok ‘mileage’, ini cara nak tahu usia sebenar kereta second hand
Ini 4 model motosikal terbaru pasti buat peminat ‘tangkap leleh’ menjelang 2025