‘Jarakkan peti ais 10cm dari dinding’ antara 20 tips boleh jimatkan bil elektik rumah anda.
Semalam, kami telah berkongsi kisah mengenai sebuah keluarga yang terpaksa membayar saman daripada syarikat pembekal bekalan tenaga elektrik kerana didakwa menggunakan alat penjimat tenaga elektrik yang tidak diiktiraf. Keluarga tersebut mengakui kesilapan mereka dan terpaksa membayar hampir RM9,000.
Jadi, benarkah kita tidak boleh mengambil langkah-langkah sendiri untuk menjimatkan elektrik? Mengapa pihak pembekal mengeluarkan saman jika apa yang kita lakukan hanyalah untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik?
Sebenarnya, pihak pembekal tidak mempunyai masalah jika langkah penjimatan elektrik anda tidak mengganggu bacaan pada meter atau jika anda menggunakan peralatan yang diiktiraf untuk menjimatkan elektrik. Malah, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai pembekal utama tenaga elektrik turut berkongsi 20 petua yang boleh anda amalkan untuk mengurangkan bil elektrik anda: