Janna Nick dedah Ashraf Muslim buang sakanya, siap bersilat satu bilik.
Tidak berselindung, pelakon Janna Nick mendedahkan bahawa dia pernah dibantu oleh rakan seperjuangannya, Ashraf Muslim, untuk membuang saka dalam dirinya yang diwarisi tanpa disedari beberapa tahun lalu.
Janna, atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner, 29, berkata walaupun dia kurang percaya terhadap perkara ghaib, dia akur menjalani rawatan perubatan Islam itu bagi mengelakkan ‘benda’ tersebut bersarang dalam dirinya.
“Saya ‘shoot’ dengan Ashraf Muslim, dia suka cakap dengan orang sebelah saya, tapi tak tahu siapa. Saya sangka dia sengaja nak tunjuk ada ilmu.
“Sampailah waktu akhir penggambaran, Ashraf cakap dia susah nak berlatih dialog dengan saya sebab akan ada ‘benda’ kacau, dia cakap kena check ‘benda’ itu.
“Habis ‘shooting’ dia suruh saya pakai telekung, tak sentuh saya pun, lepas itu dia periksa dan cakap, famili awak ada saka. Dia tanya nak buang atau tidak.
“Saya tak percaya, tanya dia apa beza buang dengan tidak. Dia jelaskan benda itu hidup dalam darah. Kalau tak buang kita sakit, susah nak terima ilmu agama,” katanya menerusi perkongsian dalam sebuah audio siar.
Tambah Janna, dia bersetuju untuk membuang saka kerana ingin mengetahui kebenaran kata-kata Ashraf, walaupun tidak tahu bahawa Ashraf akan bertarung terlebih dahulu dengan entiti yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tersebut.
@jannanick_official95 Janna Nick Tak Percaya Ashraf Muslim Buang Saka Dia? @jannanick95 #jannanick ♬ original sound – 😘Admin 잔나 닉😘(JANNA NICK)
“Saya suruh sahaja dia buang sebab saya tak percaya, nak tengok dia buang macam mana. Masa dia buang saya tak rasa apa-apa pun. Ashraf lawan benda besar itu macam bersilat satu bilik.
“Dalam hati saya cakap, ‘ye tak ye Ashraf ni’ sebab saya tak kena rasuk atau histeria. Lama dia berlawan. Siap macam ambil keris. Saya tak nampak pun keris. Akhir sekali dia tikam, matilah benda itu,” ujarnya.
Walaupun masih tidak mempercayai dakwaan Ashraf, yang juga seorang pengamal perubatan Islam, Janna mengakui bahawa selepas itu dia mula mengalami pelbagai insiden misteri.
“Bayangkan saya tak percaya benda tu, tapi dari detik itu saya mula faham alam ghaib. Kalau Ashraf tak buang saka mungkin saya tak lalui masalah alam ghaib ini,” ujarnya.
Namun, isteri kepada pelakon Dini Schatzmann itu hanya berseloroh menyalahkan Ashraf dan tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai pengalamannya dengan perkara ghaib yang dialaminya.