Jangan tersalah pilih! Ini perbezaan 3 jenis minyak enjin kereta

Photo of author

By Syima Iza

Jangan tersalah pilih! Ini perbezaan 3 jenis minyak enjin kereta.

Seiring dengan peredaran zaman, kereta kini menjadi satu keperluan penting untuk setiap isi keluarga.

Kenderaan peribadi ini digunakan untuk pelbagai tujuan, sama ada untuk keluar bersantai, bekerja atau mengangkut barang.

Jangan tersalah pilih! Ini perbezaan 3 jenis minyak enjin kereta

Oleh itu, kereta akan digunakan sepenuhnya dan banyak masa dihabiskan di atas jalan. Justeru, pemilik kereta perlu menjaga kenderaan mereka dengan baik supaya ia terus berfungsi tanpa masalah.

Salah satu aspek penting adalah penjagaan minyak enjin atau lebih dikenali sebagai minyak hitam.

Namun, tidak semua orang tahu tentang penjagaan kereta, apatah lagi bagaimana untuk memilih minyak enjin yang sesuai untuk kereta masing-masing.
Memilih minyak enjin yang betul bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi enjin, tetapi ia juga memastikan kereta anda berfungsi dengan lancar.

Jadi, bagaimana nak kenal pasti jenis-jenis minyak hitam yang ada di pasaran dan bagaimana untuk memilih yang terbaik untuk kereta kita?

Menurut hantaran Muhammad SE di Facebook, beliau telah berkongsi perbezaan antara tiga jenis minyak hitam iaitu sintetik, semi-sintetik dan mineral.

Jom ikuti perkongsian beliau di bawah.

Fahami perbezaan tiga jenis minyak enjin untuk kereta

“Bro, aku tengah bingung nak pilih minyak enjin. Ada sintetik, semi-sintetik, dan mineral. Mana satu yang sesuai untuk kereta aku?” Ini soalan yang selalu saya dengar. Jadi, mari kita fahami apa beza ketiga-tiga jenis minyak enjin ini supaya kau boleh buat pilihan yang tepat.

Minyak Sintetik

Minyak ini dihasilkan sepenuhnya melalui proses kimia. Ia dirumus khas untuk memberikan perlindungan maksimum kepada enjin, walaupun dalam keadaan ekstrem.

“Kau dapat minyak yang bersih tanpa sebarang kekotoran semulajadi. Itu minyak sintetik – direka untuk tahan tekanan tinggi dan suhu ekstrem.”

Kelebihan minyak sintetik

Tahan lama, interval servis lebih panjang, sesuai untuk pemanduan jauh.

Prestasi tinggi: Kekal stabil dalam suhu enjin yang tinggi.

Melindungi enjin, mengurangkan geseran dan haus pada komponen, tidak meninggalkan deposit karbon dalam enjin.

Minyak Semi-Sintetik

Ia adalah campuran antara minyak sintetik dan minyak mineral. Ia memberikan keseimbangan antara harga yang berpatutan dan prestasi yang baik.

“Kalau kau nak jimat tapi tetap mahu perlindungan lebih baik daripada minyak mineral, semi-sintetik adalah pilihan yang bagus.”

Kelebihan minyak semi-sintetik

Harga lebih berpatutan, alternatif lebih murah berbanding minyak sintetik.

Memberi perlindungan cukup untuk kegunaan harian.

Popular dan digunakan oleh ramai pemandu untuk kegunaan biasa.

Minyak Mineral

Minyak asas yang dihasilkan terus dari minyak mentah, dengan sedikit atau tiada bahan tambahan. Ia sesuai untuk enjin lama atau kereta yang jarang digunakan.

“Minyak mineral ni paling asas, sesuai untuk enjin lama, tapi dia kurang tahan suhu tinggi dan cepat teroksida.”

Kelebihan minyak mineral

Pilihan paling murah di pasaran.

Mudah didapati, sesuai untuk enjin lama atau pemanduan jarak pendek.

Kurang aditif, yang bermakna perlindungan lebih rendah.

Mana satu pilihan kita?

1. Minyak Sintetik

Kalau kau mahu perlindungan terbaik untuk enjin moden,selalu memandu jauh, atau bawa kereta dalam keadaan ekstrem, sintetik adalah pilihan tepat.

2. Minyak Semi-Sintetik

Sesuai untuk pemanduan harian yang sederhana. Ia menawarkan prestasi baik dengan kos yang tidak terlalu mahal.

3. Minyak Mineral

Jika anda mempunyai kereta lama atau yang jarang digunakan, minyak mineral adalah pilihan yang jimat. Namun, jangan gunakan untuk enjin moden kerana ia kurang sesuai.

“Kalau begitu, aku pilih sintetik. Tidak rugi melabur untuk jaga enjin dengan lebih baik,” sambungnya.

“Betul tu, bro. Minyak enjin bukan sekadar pelincir – ia adalah nyawa enjin kau. Pilihlah yang sesuai dengan gaya pemanduan dan jenis enjin kau.”

Jadi, jangan abaikan penjagaan enjin. Pilih minyak enjin yang sesuai, dan pastikan anda mengikuti jadual servis untuk mengelakkan kerosakan enjin pada masa depan.

Apapun, ikutlah cadangan dari pihak pengeluar.

Baca Lagi:
Banglo mewah bernilai RM26 juta milik Yoo Ah dibeli oleh budak berusia 7 tahun
Rupanya ini fungsi butang “Emergency” di stesen minyak yang ramai tak tahu
Suami isteri terkejut beli hotdog untuk anak dicaj RM3,464