Jangan terkejut, ini jumlah bayaran diterima Shah Rukh Khan dalam filem Kuch Kuch Hota Hai

Jangan terkejut, ini jumlah bayaran diterima Shah Rukh Khan dalam filem Kuch Kuch Hota Hai

Shah Rukh Khan pernah berlakon dalam banyak filem terkenal, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa Kuch Kuch Hota Hai yang ditayangkan pada tahun 1998 adalah antara filem paling ikonik yang pernah dibintanginya.

Filem Yang Meninggalkan Kesan Kepada Semua

Kuch Kuch Hota Hai ialah penampilan sulung Karan Johar sebagai pengarah. Selain itu, filem ini juga meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan baik di hati penonton mahupun di pawagam India sendiri. KKHH dikatakan sebagai satu standard baru dalam dunia pawagam ketika itu.

Jangan terkejut, ini jumlah bayaran diterima Shah Rukh Khan dalam filem Kuch Kuch Hota Hai

Dengan cerita yang penuh dengan emosi dan watak yang tidak dapat dilupakan, filem ini kekal sebagai filem klasik abadi.

Diketahui filem ini dibuat dengan anggaran lebih 5 juta Ringgit Malaysia sekaligus menjadi sensasi di box office India dengan mencatatkan kutipan kasar sekitar lebih 56 juta Ringgit Malaysia di seluruh dunia.

Dibayar Setengah Juta Ringgit Malaysia

Mengenai bajet, tahukah anda berapa banyak bayaran yang diterima oleh Shah Rukh Khan, yang kini merupakan antara pelakon dengan bayaran tertinggi di dunia, untuk filem KKHH ketika itu?

Menurut Intepseleb, Shah Rukh Khan yang memegang watak utama dalam Kuch Kuch Hota Hai dilaporkan telah menerima bayaran sebagai pelakon dengan bayaran tertinggi dalam filem itu.

Beliau menerima lebih kurang 10 juta Rupee India ataupun setengah juta Ringgit Malaysia untuk watak yang dilakonkannya itu. Angka ini membuktikan statusnya sebagai superstar dan peranan utamanya dalam menjayakan filem KKHH.

Shah Rukh Khan masih relevan sehingga sekarang dan kini dia dikatakan mendapat bayaran lebih daripada ₹1 bilion bagi setiap filem!

Baca Juga:
Parking kereta tak tarik handbrake, dua penunggang motosikal rempuh kereta mengundur
Harga Diesel naik dari RM2.15 terus kepada RM3.35 bermula 12 malam ini
Misteri kehilangan Farida terjawab selepas suami belah perut ular sawa
CATEGORIES