“Jangan sesuka hati naik pelamin sebelum pengantin tiba”

Photo of author

By Syima Iza

“Jangan sesuka hati naik pelamin sebelum pengantin tiba”.

Tindakan sesetengah tetamu yang sewenang-wenangnya menaiki pelamin sebelum pengantin tiba telah mengundang rasa kesal dalam kalangan netizen.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh Mohd. Haikal, karpet bulu berwarna putih yang menghiasi pelamin itu dilihat dipenuhi dengan kesan tapak kasut akibat tindakan tetamu yang naik ke pelamin untuk bergambar sebelum kehadiran pengantin.

"Jangan sesuka hati naik pelamin sebelum pengantin tiba"

“Janganlah sesuka hati naik pelamin pengantin atau biarkan anak-anak naik ke pelamin untuk bergambar sebelum pengantin tiba. Lagi-lagi bila pelamin diadakan secara ‘outdoor’. Pengantin belum naik, tapi pelamin sudah kotor,” tulisnya dalam video tersebut.

Kejadian ini bukan sahaja mencacatkan keindahan pelamin, malah menambah beban kerja kepada jurugambar dan kru perkahwinan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa apabila pelamin pengantin dibiarkan kotor dengan kesan tapak kasut sebelum sempat digunakan.

@mohdhaikalmulia maaf sy takde niat nk aibkan sesiapa. sekadar teguran n nasihat utk kte bersama🙏🏻 #fyp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ son original – Cat’slife

“Kasihan pengantin. Jurugambar pula yang terpaksa bekerja lebih untuk menyunting dan membersihkan karpet,” komen Erie.

“Betul, kesian pengantin. Ibu bapa juga sepatutnya ada ‘common sense’ untuk menegur anak-anak. Kalau anak kecil mungkin boleh dimaafkan, tapi yang dewasa pun sama. Kakak saya pun pernah alami perkara ini, tak cantik nak bergambar,” tambah Ahcap.

Baca Juga:
Skandal suami orang Kelantan ajar santau isteri hingga badan membongkok
Sembilan rakyat Malaysia ini sedang menuju ke Baitullah hanya berjalan kaki dan berbasikal
Kereta EV pertama keluaran nasional e.MAS 7 dilancarkan, harga bermula RM109,800