Penduduk di Fukuyama, Jepun diberi amaran untuk tidak mendekati atau menyentuh seekor kucing yang dipercayai terjatuh ke dalam tong bahan kimia berbahaya sebelum melarikan diri pada waktu malam.
Difahamkan seorang pekerja di sebuah kilang penyaduran logam di Fukuyama tiba untuk bekerja pada pagi semalam untuk mencari bekas kaki kucing yang dipercayai telah terjatuh dalam bekas kimia berkenaan.
Rakaman kamera keselamatan yang dikeluarkan oleh syarikat itu memaparkan kucing berkenaan melarikan diri, bagaimanapun kucing berkenaan dilihat tidak cedera.
Tong berisi bahan kimia sedalam tiga meter itu mengandungi kromium heksavalen iaitu bahan kimia yang bersifat karsinogenik dan boleh menyebabkan keradangan kulit.
Wakil syarikat yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, pihaknya sudah melaporkan kejadian berkenaan kepada polis dan penduduk setempat.
“Kejadian itu menyedarkan kami bahawa keperluan untuk mengambil langkah menghalang haiwan kecil seperti kucing daripada menyelinap masuk, yang tidak pernah kami jangkakan sebelum ini,” katanya.
@bbcnews Fukuyama officials said the cat might have already died as a result of falling into the vat of toxic chemicals. #Fukuyama #Japan #Cat #Cats #CatTok #Toxic #Chemical #Chemicals #Factory #News #BBCNews ♬ original sound – BBC News
Pihak berkuasa bandar berkenaan memberitahu penduduk tempatan untuk mengelak daripada menyentuh haiwan itu dan memaklumkan kepada polis dengan segera jika mereka terserempak dengan kucing berkenaan.
Setakat ini, tiada laporan penemuan kucing berkenaan.