“Jangan sebarkan berita palsu, tuan badan sudah selamat sampai rumah” – Tular Syamsul Debat meninggal dunia dalam kemalangan tidak benar.
Pembantu kepada Syamsul Debat menafikan penceramah bebas itu terbabit kemalangan dan meninggal dunia seperti ditularkan dalam media sosial, hari ini.
Perkara itu dimaklumkan wanita yang dikenali Nabila itu menerusi aplikasi WhatsApp kepada Harian Metro.
Menurutnya, Syamsul Debat atau nama sebenar Syamsul Amri Ismail yang baru pulang daripada menunaikan umrah selamat tiba di rumahnya di Negeri Sembilan hari ini.
“Jangan sebarkan berita palsu. Tuan badan (Syamsul) sudah selamat sampai rumah,” katanya ringkas.
Terdahulu, tular di media sosial kononnya pendakwah bebas terkenal tanah air maut dalam kemalangan di LebuhrayaUtara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dekat Sepang.
Mangsa dikatakan meninggal dunia di lokasi kejadian berikutan kecederaan parah di kepala.