‘Jangan sampai aku keluar agama sebab korang’ – Fatiya Latiff bengang dibuli netizen

Photo of author

By Syima Iza

Pelakon Fatiya Latiff memberi amaran keluar agama gara-gara sering menerima kritikan melampau segelintir individu dalam media sosial.

Bagaimanapun, Fatiya atau nama lengkapnya Nur Fathia Abdul Latiff tidak menjelaskan secara terperinci punca dia sakit hati sehingga mengakibatkannya mengeluarkan kenyataan sanggup murtad.

“Kalian jangan sampai aku keluar agama sebab kalian. Aku minum arak, pakai seluar pendek atau jadi kafir kerana bengang dengan kalian.

'Jangan sampai aku keluar agama sebab korang' - Fatiya Latiff bengang dibuli netizen

“Aku tidak berdosa cuma kalian yang akan masuk neraka sebab selalu paksa aku,” katanya menerusi sebuah video TikTok.

Dalam masa sama, pelakon drama Ariana Rose itu menegaskan tidak dapat memaafkan seseorang sekiranya masih terdapat sisa dendam dalam hati.

“Jangan sampai aku tukar agama, ibadah 100 tahun pun tidak berguna kerana kalian sudah buat seorang saudari jadi begini.

“Buat orang marah, sakitkan hati orang. Allah boleh maafkan tetapi manusia belum tentu dapat maafkan,” ujarnya.

Terdahulu, nama Fatiya menjadi bualan hangat dalam media sosial selepas mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi terhadap pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza.

@fatiyalatiff_1992 #fyp #fypシ ♬ original sound – FL

‘Drama’ panas membabitkan Fatiya seterusnya bersambung sehingga mencetuskan perbalahan antaranya dengan pelakon, Zarina Anjoulie dalam media sosial.

Sikapnya yang mengejutkan itu mengundang pelbagai dakwaan bahkan ada menuduh pelakon terbabit sudah dibuang keluarga, mempunyai masalah kesihatan mental selain mengambil bahan terlarang.

Fatiya bagaimanapun, menafikan dakwaan tersebut dengan menegaskan dirinya dalam keadaan sihat dan hanya mengalami stres.

Tidak lama kemudian, Fatiya mengakui keadaan dirinya hari ini adalah kesan cinta tidak kesampaian dengan bekas kekasihnya, Aiman.

Menurutnya lagi, dia hanya akan berhenti mengganggu jika pelakon itu tampil memohon maaf kepadanya secara terbuka.

Baca Juga:

JAKIM panggil Pengasas KK Mart, beri amaran keras agar insiden tidak berulang
Datuk 70 tahun kesal, tak sampai seminggu berkahwin isteri 19 tahun mula tunjuk belang
Lelaki ini mampu solat tarawih 20 rakaat biarpun keadaan ‘tak sempurna’