Jangan salah pilih, ini 6 jenis susu tin yang dijual di kedai

Photo of author

By Syima Iza

Setiap kali membeli barang dapur, susu tin wajib ada dalam senarai kerana ia penting dalam masakan. Jika ke pasar raya, anda boleh nampak pelbagai jenis susu tin yang dijual.

Walaupun susu tin ini nampak sama pada rupa luarannya, namun masing-masing mempunyai kandungan dan fungsi yang berbeza.

Sebelum memilih susu tin yang ingin digunakan, anda perlu tahu jenis dan kesesuaian setiap susu tin tersebut supaya tidak tersalah guna nanti.

Jangan salah pilih, ini 6 jenis susu tin yang dijual di kedai

Berikut adalah antara jenis susu tin yang dijual di kedai untuk anda jadikan sebagai rujukan.

JENIS SUSU TIN

1. Susu Pekat Manis Penuh Krim (sweetened condensed full cream milk)

Jangan salah pilih, ini 6 jenis susu tin yang dijual di kedai

Susu yang telah disejat air menjadi lebih pekat. Ia merupakan susu sejat ditambah gula. Oleh sebab ramuan utamanya adalah gula, ia cukup sesuai untuk minuman dan pencuci mulut.

2. Susu Isian Sejat (evaporated filled milk)

Jangan salah pilih, ini 6 jenis susu tin yang dijual di kedai

Susu yang telah disejat menjadi pekat. Lemak susu dikeluarkan dan diganti lemak sayuran. Susu ini sesuai digunakan untuk masakan dan baking, tapi tak sesuai untuk minuman.

3. Krimer manis (sweetened creamer)

Jangan salah pilih, ini 6 jenis susu tin yang dijual di kedai

Susu ini sama dengan krimer sejat, tapi ditambah gula. Walaupun ditambah vitamin atau mineral, gula tetap bahan utamanya. Susu ini sangat sesuai untuk minuman.

4. Krimer Sejat (evaporated creamer)

Jangan salah pilih, ini 6 jenis susu tin yang dijual di kedai

Susu sejat yang dicampur buttermilk powder dan mengandungi lebih lemak sayuran. Walaupun kurang manis, rasanya lebih berlemak. Ia juga sesuai untuk minuman.

5. Susu Sejat Penuh Krim (evaporated full cream milk)

Jangan salah pilih, ini 6 jenis susu tin yang dijual di kedai

Susu ini lebih dikenali sebagai susu cair. Ia merupakan susu segar yang dipanaskan hingga airnya tersejat dan tiada tambahan gula. Susu ini sesuai untuk pencuci mulut atau sos.

6. Susu Isian Manis (sweetened filled milk)

Jangan salah pilih, ini 6 jenis susu tin yang dijual di kedai

Ia merupakan susu yang telah disejat air, ditambah gula, dikeluarkan lemak dan diganti lemak sayuran. Ramuan utamanya adalah gula, jadi susu ini sesuai untuk minuman atau sup berkrim.

Nak pergi ke kedai nanti, jangan lupa tengok senarai jenis susu tin tau. Selepas ini anda taklah beli sembarangan lagi bukan?

Semoga berguna!

Baca Juga:
Orang Malaysia ramai makan, negara Denmark pula haramkan Mi Samyang dijual, anggap bahaya untuk rakyatnya
Kecoh isu telur penyebab keracunan makanan, ini penjelasan pakar
Lapangan terbang ditengelami air banjir