Jangan main beli je boleh terbakar! Ini 4 jenis wayar ‘extension’ yang beza fungsinya

Photo of author

By Syima Iza

Ambil tahu jenis extension wire di rumah, ada yang tak sesuai dengan alat elektrik yang digunakan.

Hari ini saya kongsi tentang peralatan wayar penyambung atau adaptor, untuk ibu bapa atau pengguna sila ambil perhatian. Ingat, jangan sesekali beli barangan elektik yang murah jika ia tidak diuji, tidak diluluskan dan tidak mengikut ISO.

Jangan main beli je boleh terbakar! Ini 4 jenis wayar 'extension' yang beza fungsinya

1. Penyambung wayar (extension wire)

Jangan main beli je boleh terbakar! Ini 4 jenis wayar 'extension' yang beza fungsinya

Wayar penyambung ini hanya boleh digunakan untuk kerja-kerja sementara atau kerja berpindah. Ia tidak sesuai untuk peti sejuk, alat penghawa dingin, ketuhar, microwave dan water heater.

Pastikan wayar ditarik semua daripada kotaknya bila digunakan untuk mengelakkan rintangan (resister) aliran elektrik akan tersekat. Tanpa berbuat demikian bil elektrik akan melambung, lebih parah lagi boleh mengakibatkan kebakaran disebabkan litar pintas (shock circuit)

Jika guna vacuum cleaner atau water jet cleaner pastikan wayarnya ditarik habis, jika tidak alat mudah panas dan rosak.

2. Plug tiga pin (3 pin adaptor

Jangan main beli je boleh terbakar! Ini 4 jenis wayar 'extension' yang beza fungsinya

Alat ini juga hanya boleh digunakan untuk kerja-kerja sementara. Tidak sesuai untuk televisyen, radio, komputer, peti sejuk lebih-lebih lagi peralatan elektronik digital.

3. Powercube

Jangan main beli je boleh terbakar! Ini 4 jenis wayar 'extension' yang beza fungsinya

Boleh digunakan untuk komputer, televisyen dan laptop. Jangan guna untuk microwave, peti sejuk dan ketuhar kerana bahaya. Peralatan yang menggunakan banyak tenaga elektrik, disarankan untuk terus sambung pada soket utama di rumah.

4. Extension plug

Jangan main beli je boleh terbakar! Ini 4 jenis wayar 'extension' yang beza fungsinya

Disyorkan dan paling bagus untuk kegunaan televisyen, DVD dan komputer. Namun, pastikan ada kelulusan SIRIM atau ISO.

Baca Juga:
Detik cemas ‘power bank’ penumpang meletup dalam pesawat Thai AirAsia
Wanita dakwa wajib beri upah kepada ibu menyusu dikecam, netizen minta dalil
Cuba selamatkan pesakit, pakar bius diarah bayar ganti rugi RM4 juta