Jangan letak sabun terus dalam mesin basuh baju, pakar dedah sesuatu yang ramai tak tahu

Jangan letak sabun terus dalam mesin basuh baju, pakar dedah sesuatu yang ramai tak tahu

Semasa hendak mencuci pakaian, pasti ramai antara kita yang berfikir, “Letak sabun terus pada pakaian, kan senang!”

Memang nampak mudah dan cepat, tapi tahukah anda bahawa cara ini sebenarnya bukanlah kaedah terbaik untuk mendapatkan hasil cucian yang benar-benar ‘sempurna’?

Meletakkan sabun terus dalam mesin basuh sudah menjadi tabiat kebanyakan orang. Tapi, ia sebenarnya bukanlah kaedah terbaik untuk memastikan pakaian dicuci dengan bersih dan terjaga kualitinya.

Jangan letak sabun terus dalam mesin basuh baju, pakar dedah sesuatu yang ramai tak tahu

Menurut perkongsian pakar menerusi TikTok @abgletriqq, pengguna perlu mengelak daripada meletakkan sabun terus dalam mesin basuh ketika mencuci pakaian.

Jadi, di mana sepatutnya kita meletakkan sabun? Jawapannya adalah di dalam compartment sabun yang disediakan dalam mesin basuh. Mesin basuh direka dengan compartment khas untuk sabun. Air akan mengalir masuk ke dalam compartment tersebut terlebih dahulu untuk melarutkan sabun sebelum campuran sabun dan air itu turun ke dalam drum mesin basuh.

Ini memastikan sabun dapat meresap dengan baik ke dalam fabrik dan membersihkan kotoran dengan efektif. Mesin basuh jenis front load, contohnya, dilengkapi dengan “fill-in heater” yang membantu melarutkan sabun dengan lebih baik.

Jika sabun tidak larut dengan betul, sisa sabun mungkin akan tertinggal pada pakaian anda. Ini lebih ketara apabila anda menggunakan sabun serbuk.

Sisa sabun yang tertinggal bukan sahaja boleh menyebabkan pakaian kelihatan kotor dan berbintik, tetapi juga boleh merosakkan tekstur kain.

Pakaian yang gelap terutamanya, akan mudah menunjukkan kesan sisa sabun, menjadikan ia kelihatan kurang bersih.

Ramai yang Tidak Tahu Di Mana Tempat Compartment Sabun pada Mesin Basuh

@abgletriqq Replying to @johanameer1 better taruk sabun dalam compartment sabun😊 #homeelectricalproducts #tips #mesinbasuh #washingmachine #abgletriqq #fyp ♬ original sound – ABG.LETRIQQ

Mungkin ada yang berfikir bahawa mesin basuh mereka tidak mempunyai compartment sabun, terutama bagi pemilik mesin basuh jenis top load. Namun, sebenarnya semua mesin basuh direka dengan compartment sabun.

Jika anda tidak pasti di mana letaknya compartment tersebut, periksa manual pengguna mesin basuh anda. Kebanyakan mesin basuh, termasuk yang jenis top load, mempunyai compartment sabun yang mungkin tersembunyi atau kurang jelas kelihatan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu anda.

Baca Juga:
Kieda Crepe nampak kurus selepas kejadian rumah kena rompak
Tak puas hati ditegur kerana tak pakai helmet, 2 remaja baling pasu ke arah balai polis
Anak sedang masak di dapur hidu bau busuk, rupa-rupanya pocong mengintai di balik tingkap
CATEGORIES