Jangan buang kepala ikan bilis, ada kegunaan lain yang ramai tak tahu

Photo of author

By Syima Iza

Jangan buang kepala ikan bilis, ada kegunaan lain yang ramai tak tahu.

Kebiasaannya, kepala ikan bilis akan diasingkan sebelum digunakan dalam masakan. Namun, jangan terus membuang kepala ikan bilis tersebut kerana ia sebenarnya boleh dimanfaatkan, terutama bagi mereka yang gemar menanam sayur atau pokok bunga di laman rumah.

Kepala ikan bilis ini, bersama dengan tulang serta serbuk hancur di bahagian bawah bungkusan ikan bilis, boleh dijadikan baja yang sangat berkesan untuk tanaman.

Jangan buang kepala ikan bilis, ada kegunaan lain yang ramai tak tahu

Cara Membuat Baja dari Kepala Ikan Bilis

Proses menyediakan baja ini sangat mudah dan boleh dilakukan sendiri:

  1. Ambil satu cawan sisa ikan bilis.
  2. Campurkan sisa tersebut dengan 2 liter air.
  3. Kisar sehingga semuanya hancur.

Baja ini boleh terus digunakan dengan menyiramnya di pangkal pokok bunga untuk menggalakkan pertumbuhan bunga yang lebih lebat. Ia juga sesuai untuk tanaman seperti pokok cili bagi melebatkan hasil buahnya.

Tip Menyimpan Ikan Bilis yang Telah Dibersihkan

  • Simpan ikan bilis di dalam peti sejuk di bahagian chiller.
  • Pastikan ikan bilis dibungkus dengan plastik atau bekas kedap udara untuk mengekalkan kesegarannya.
  • Elakkan pendedahan terus kepada cahaya matahari kerana sinaran UV boleh merosakkan kualiti ikan bilis.

Dengan sedikit usaha, sisa kepala ikan bilis boleh dimanfaatkan sebagai baja, menjadikan tanaman anda lebih subur dan hasilnya lebih baik.

Baca Juga:
“Isteri pertama ustaz pujuk aku kahwin dengan suami dia, lepas kahwin lain pula yang jadi…”
Pergi mall atau pasar boleh dapat 1 juta pahala? Ini penjelasan ustaz
Pelakon terkenal ‘Masyuk’ jana pendapatan lebih RM50k sebulan menyamar jadi pengemis