‘Jangan biarkan mereka malukan JAWI’ – Puteri Sarah mohon menteri agama siasat Syamsul, Ira Kazar

‘Jangan biarkan mereka malukan JAWI’ – Puteri Sarah mohon menteri agama siasat Syamsul, Ira Kazar

‘Jangan biarkan mereka malukan JAWI’ – Puteri Sarah mohon menteri agama siasat Syamsul, Ira Kazar. Isteri pertama pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah memohon agar Menteri Agama, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar melakukan siasatan terhadap suaminya itu dengan madunya, Ira Kazar.

Kata Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, jangan biarkan dua individu terbabit menjatuhkan maruah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Mohon pihak Kementerian Agama, Datuk Dr. Mohd. Na’im siasat kes Syamsul Yusof dan Ira Kazar memandangkan kes masih dalam siasatan.
“Jangan biarkan mereka memalukan dan menjatuhkan maruah Jawi,” katanya menerusi satu hantaran dalam InstaStory.

'Jangan biarkan mereka malukan JAWI' - Puteri Sarah mohon menteri agama siasat Syamsul, Ira Kazar

Semalam, Syamsul, 39, menafikan dakwaan Sarah bahawa dia melakukan persetubuhan luar nikah.

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof berkata, tuduhan tersebut sama sekali tidak berasas dan dia turut mempersoalkan ketelusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Menurutnya, kes tersebut melibatkan dirinya dan isteri kedua masih dalam siasatan di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Di Bawah Seksyen 23: Persetubuhan Luar Nikah.

Terdahulu, Syamsul diwakili peguam syarie, Azmi Mohd. Rais memfailkan permohonan nusyuz terhadap Sarah dan memberitahu tuntutan dibuat bukan sebab mahu membalas dendam, sebaliknya menyelamatkan rumah tangga.

Dalam tuntutan nusyuz tersebut, Syamsul mendakwa isteri pertamanya itu menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya yang merupakan suami orang.

Rentetan itu, Sarah pula membuat serangan balas apabila mendedahkan suaminya dan madunya Ira Kazar sedang disiasat di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Di Bawah Seksyen 23: Persetubuhan Luar Nikah.

Baca Lagi:
6 waktu mustajab berdoa ketika bulan ramadan
Gaya tekekung ‘ala kanopi’ Vida semasa solat terawih ditegur netizen
Nak kahwin dua? Ini 5 alasan logik yang boleh diterima isteri
CATEGORIES