Janda dicekup berkalwat dengan lelaki 10 tahun lebih muda

Janda dicekup berkalwat dengan lelaki 10 tahun lebih muda

Janda dicekup berkalwat dengan lelaki 10 tahun lebih muda. Janda tidak sempat bertemu keluarga bakal mentuanya selepas dia dan teman lelaki dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel bajet di Klebang, di sini, awal pagi ini.

Pasangan kekasih itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dalam Operasi Cegah Jenayah Syariah sempena cuti Thaipusam pada jam 2 pagi.

Pengarah Jaim Datuk Che Sukri Che Mat berkata, ketika ditahan pasukan penguat kuasa, pasangan itu gagal mengemukakan sebarang dokumen selain mereka didapati tinggal berdua-duaan di dalam bilik tanpa sebarang ikatan yang sah.

Janda dicekup berkalwat dengan lelaki 10 tahun lebih muda

“Daripada keterangan diberikan, wanita berusia 32 tahun itu mendakwa baru pertama kali berjumpa dengan teman lelakinya yang lebih muda 10 tahun daripadanya selepas tiga bulan berkenalan di laman sosial.

“Dia turut mendakwa ada perancangan untuk berkahwin dengan teman lelakinya selain akan ke Kelantan, hari ini untuk bertemu dengan keluarga kekasihnya itu,” katanya.

Menurutnya, selain pasangan itu, turut ditahan dua lagi pasangan selepas dipercayai tinggal bersekedudukan dengan pasangan bukan muhrim.

“Kesemua yang ditahan berusia antara 23 hingga 50 tahun dan mereka kemudian dibawa ke pejabat Jaim untuk diambil keterangan lanjut.

“Ketiga-tiga pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991,” katanya.

Che Sukri berkata, dalam operasi sama, Jaim turut mengeluarkan tujuh saman hadir mengikut Seksyen 71 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam.

“Jika individu terbabit didapati bersalah, mereka boleh didenda sehingga RM1,000 dan penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Baca Lagi:
“Maaf, kalau pasal bola saya akan jawab, yang lain, tak mahu” – Zainal Abidin
40 tahun saya dalam Pas bertanding pun guna duit sendiri, dari mana Pas dapat duit?
Selepas 5 tahun jadi janda, tiba-tiba bekas suami dan mak mertua datang merayu sebab aku ada menda ni..
CATEGORIES