‘Jam 2 pagi saya terdengar tangisan sayu minta tolong’ – Bekas mak nyah

‘Jam 2 pagi saya terdengar tangisan sayu minta tolong’ – Bekas mak nyah

‘Jam 2 pagi saya terdengar tangisan sayu minta tolong’ – Bekas mak nyah.

“Saya yakin tak bermimpi kerana memang dengar dan cam suara itu adalah suara jenazah yang saya kebumikan,” demikian pengalaman mistik pernah dilalui bekas mak nyah, Muhamad Asrul Abd Khadir, 38, atau dikenali Jun yang kini mencari rezeki sebagai pembuat keranda, batu nisan dan kepuk.

Menurut Jun, kejadian itu berlaku lapan tahun lalu namun baru dikongsikannya di TikTok baru-baru ini.

Pada hari berkenaan, Jun berkata, dia ada membantu menguruskan satu jenazah dan terus pulang ke rumah kira-kira 10 malam selepas selesai urusan di tanah perkuburan.

'Jam 2 pagi saya terdengar tangisan sayu minta tolong' - Bekas mak nyah

“Dalam 2 pagi, saya terdengar suara tangisan orang dari luar rumah. Saya beranikan diri keluar untuk lihat dari mana datangnya suara itu. Selepas keluar rumah, saya cuba cari tetapi tak jumpa sebarang penampakan namun dengar tangisan itu makin sayu seolah-olah meminta tolong.

“Apa yang pasti, saya yakin itu adalah suara jenazah yang saya uruskan kerana memang mengenalinya dan jujurnya saya tak takut cuma terkejut,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Jun, itu adalah pengalaman mistik pertama yang pernah dilaluinya sepanjang terbabit dalam kerja pengurusan jenazah.

“Saya tak nak fikir buruk terhadap si mati tapi anggap apa yang berlaku itu mungkin isyarat untuk saya sedekahkan al-Fatihah, baca Yasin dan doakan kesejahteraannya.

“Perkongsian di TikTok itu pula bukan berniat mengaibkan sesiapa tetapi berkongsi secara am salah satu pengalaman pernah dilalui sejak menjadi pembuat keranda dan terbabit dalam hal pengurusan jenazah,” katanya.

Bercerita lanjut pengalamannya, Jun berkata, tiada siapa yang mengajarnya membuat keranda tetapi dia belajar daripada pemerhatiannya.

Oleh kerana minat, Jun cuba belajar hingga mahir kemudian mencari pendapatan dengan mengambil tempahan membuat keranda selain batu nisan dan kepuk sejak enam tahun lalu.

“Sejak kecil lagi saya sudah minat melihat bentuk keranda dan batu nisan yang berseni. Ukiran batu nisan menarik dan nampak indah di mata.

“Daripada usia 16 tahun saya cuba buat tetapi asyik gagal namun selepas seorang rakan meninggal dunia dan nak beli keranda tetapi tak mampu mendorong saya belajar sampai mahir.

“Cuma waktu awal dulu susah jadi tak mampu beli mesin potong kayu jadi beli peralatan sedikit demi sedikit. Kini, saya tak dapat nak gambarkan perasaan gembira melihat hasil kerja dan syukur orang boleh terima walaupun saya macam ini,” katanya yang sudah meninggalkan ‘dunia lorong’ sejak 16 tahun lalu.

Berhubung kerja pengurusan jenazah, Jun berkata, dia lakukannya bukan kerana soal duit tetapi bagi menimba pengalaman.

“Saya tak minta bayaran upah pun atau fikirkan untung kerana bagi saya, pekerjaan itu sangat istimewa. Walaupun tak sihat tapi dengar ada orang meninggal dunia saya terus semangat dan jadi kuat kerana nak bantu urusan jenazahnya.

“Pengalaman itu sangat berharga dan tak ternilai buat saya. Jadi sebab itu saya sanggup pergi tak kira waktu dan kalau ada yang panggil tengah malam pun saya pergi,” katanya yang berkongsi di TikTok supaya lebih ramai tahu ada bekas mak nyah melakukan pekerjaan itu.

Baca Lagi:
Pengarah Hospital al-Wafa Gaza terbunuh dalam serangan udara Israel
Boikot habis-habisan, Uqasha kini hanya pakai produk lokal tanda solidariti terhadap Palestin
Nyaris terhempas! Juruterbang berhalusinasi selepas makan ‘cendawan ajaib’ matikan enjin pesawat
CATEGORIES