Jalin hubungan sulit dengan suami atau isteri orang boleh masuk penjara!
Hari ini telah tular satu hebahan infografik daripada jabatan kerajaan di media sosial X, berkenaan peringatan kepada kakitangan mengenai larangan menjalinkan hubungan sulit dengan suami atau isteri orang.
Umum mengetahui, perbuatan melakukan hubungan sulit boleh meretakkan keharmonian institusi kekeluargaan yang dibina. Kesalahan ini bukan sahaja mencemarkan nama diri sendiri dan keluarga, malah boleh menjejaskan imej perkhidmatan awam juga. Maka, jangan hairan sekiranya jabatan di sektor awam anda bekerja mengeluarkan memo peringatan sedemikian rupa.
HUBUNGAN SULIT
Larangan Menjalinkan Hubungan Sulit Dengan Suami Atau Isteri Orang
Kenyataan tersebut menegaskan mengenai perbuatan yang merupakan kesalahan tatatertib yang boleh menjejaskan imej perkhidmatan awam. Di mana, infografik tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
“Menjalinkan hubungan sulit antara penjawat awam sehingga menyebabkan hubungan suami isteri di rumah terjejas adalah merupakan kesalahan tatatertib. Ia boleh diertikan sebagai kelakuan yang memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam,” kata kenyataan itu.
Selain itu, memikat wanita yang sudah bersuami juga merupakan satu kesalahan jenayah dan boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya.
Bagi penjawat awam yang beragama Islam, perbuatan ini merupakan kesalahan jenayah syariah dan boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya.
Sementara itu, terdapat pelbagai reaksi netizen di ruangan komen ciapan tersebut. Di mana, ada yang menyatakan larangan ini sudah lama wujud untuk penjawat awam dan ada baiknya pihak jabatan mengeluarkan memo berkenaan untuk tujuan peringatan kepada kakitangannya.
“Actually, undang-undang ini sudah lama wujud untuk penjawat awam. Mana-mana penjawat awam tak boleh ada scandal bahkan dengan orang bujang (jika sudah berkahwin), boleh kena tindakan tatatertib. Tapi disebabkan manusia tak reti bahasa, notis macam ini pun kena up. Haihh. Entahlah,” komen seorang netizen di laman X.
Mesti dah banyak kes tok hahahaa pic.twitter.com/zO1giWnsFJ
— TuanPremierMasbro Ayam Patah Pinggang BONGKERSZ (@bongkersz) December 1, 2023