“Jala saya hancur dibuatnya” – Ikan tapah gergasi berjaya ditangkap nelayan

“Jala saya hancur dibuatnya” – Ikan tapah gergasi berjaya ditangkap nelayan

Sebuah klip video tular di media sosial memaparkan seorang nelayan menaikkan seekor ikan tapah gergasi di Kampung Pasir, wilayah Kalimantan Barat.

Laman berita Suara.com melaporkan, klip video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @kotamempawah pada 20 Februari lalu.

Nelayan itu menaikkan tapah tersebut selepas keluar menjala di sebatang sungai. Dengan bantuan beberapa penduduk kampung lain, mereka bekerjasama menyiang ikan seberat 80 kilogram itu.

"Jala saya hancur dibuatnya" - Ikan tapah gergasi berjaya ditangkap nelayan

Bagaimanapun, nelayan itu berkata, peralatannya rosak teruk ketika menangkap ikan tersebut.

“Jala saya hancur dibuatnya,” kata nelayan tersebut.

Seorang wanita yang berada di lokasi kejadian secara spontan berkata bahawa ikan itu sedap jika dimasak asam pedas.

Hantaran itu menarik perhatian netizen di ruangan komen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kote Mempawah (@kotamempawah)

“Masak asam pedas sedap ni,” komen seorang netizen.

“Saya terliur apabila makcik cakap ingin masak asam pedas,” komen netizen lain.

Baca Juga:
Muslim Ahmad raih kemenangan sulung, lakukan serangan ‘lutut’ menang TKO
Sempena ulang tahun perkahwinan, suami isteri tunggang motosikal BMW jelajah 40 masjid beri sumbangan RM1,000
Tun M dedah rahsia panjang umur dan kekal sihat
CATEGORIES