JAKIM panggil Pengasas KK Mart, beri amaran keras agar insiden tidak berulang

Photo of author

By Syima Iza

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memanggil Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr KK Chai pada 18 Mac lalu.

Menurut dalam satu kenyataan media hari ini memaklumkan, pertemuan itu bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak syarikat terbabit selain menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

“JAKIM sebagai institusi yang bertanggungjawab menyelaras pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan memandang serius terhadap isu ini kerana telah mengguris hati umat Islam. Ia bukan sahaja melibatkan sensitiviti keagamaan malahan boleh menggugat keharmonian masyarakat di negara ini.

JAKIM panggil Pengasas KK Mart, beri amaran keras agar insiden tidak berulang

“Justeru, semalam 18 Mac 2024 JAKIM telah memanggil Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr. KK Chai dan telah memberi amaran keras supaya perkara ini tidak berulang lagi,” jelasnya dalam kenyataan itu.

Tambah Datuk Hakimah, pihak syarikat telah memberi penjelasan dan langkah-langkah agar insiden sama tidak berulang, selain mengkaji dan mengemas kini semula Prosedur Operasi Standard (SOP) syarikat.

Pada masa sama, JAKIM juga mengingatkan kepada semua pengusaha, pengilang, pembekal dan pengimport untuk sentiasa cakna dan memberi perhatian serius terhadap isu-isu sensitif melibatkan agama dan kaum.

Ia bagi mengekalkan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat keseluruhannya di negara ini.

“Dalam masa yang sama semua pihak dinasihatkan untuk tidak membangkitkan isu-isu lama yang menyentuh aspek 3R (agama, raja dan kaum) dan menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan,” tambahnya.

Baca Juga:
Mohon maaf di semua 881 KK Mart atau diboikot sampai tutup – Pemuda UMNO beri tempoh 2 hari
Stokin kalimah Allah: Pengasas KK Mart sebak mohon maaf
Wanita jatuh tersembam sampai dahi benjol selepas buat trend TikTok di masjid