Jadi tanda tanya kenapa 5 negara terkenal ini tiada lapangan terbang.
Pesawat komersial adalah salah satu alat pengangkutan paling cepat dan selamat di dunia. Namun, terdapat lima negara terkenal yang tidak mempunyai lapangan terbang hingga ke hari ini.
Antara sebab mengapa negara-negara ini tiada lapangan terbang adalah keadaan geografi dan bentuk muka buminya yang kurang sesuai.
Berikut adalah lima negara yang tidak mempunyai lapangan terbang, seperti dipetik daripada portal Times of India dan lifestyle.bisnis.com.
1. Andorra
Berbanding negara lain, Andorra mempunyai wilayah daratan yang lebih luas, namun bentuk muka buminya dipenuhi kawasan pergunungan. Negara yang terletak di antara Perancis dan Sepanyol ini dikelilingi pergunungan Pyrenees yang memiliki puncak setinggi hampir 3,000 meter dari aras laut.
Mengendalikan pesawat di altitud seperti itu sangat berisiko dan rumit. Oleh itu, kerajaan Andorra memutuskan untuk tidak membina lapangan terbang sendiri. Sebagai alternatif, pelancong boleh memilih penerbangan ke bandar-bandar terdekat seperti Barcelona, Lerida, atau Girona (Sepanyol) yang terletak dalam radius 200 kilometer dari Andorra.
2. Vatican City
Vatican City merupakan negara terkecil di dunia dengan penduduk kurang daripada 800 orang. Saiz negara yang kecil tidak menawarkan ruang untuk pesawat mendarat, dan tiada sungai atau akses laut yang sesuai untuk pengangkutan alternatif. Bagaimanapun, lapangan terbang paling hampir dengan negara itu adalah Fiumicino dan Ciampino di Rome, Itali, yang boleh dicapai dalam masa 30 minit dengan kereta api.
3. San Marino
Terletak berhampiran Vatican City, San Marino terkenal sebagai salah satu negara tertua di dunia. Dikelilingi oleh Itali, San Marino tidak mempunyai lapangan terbang kerana saiznya yang kecil.
Rupa bumi yang agak rata memudahkan akses, dan infrastruktur jalan raya juga luas. Lapangan terbang terdekat dengan San Marino ialah lapangan terbang di Rimini, Itali. Walaupun kecil, lapangan terbang ini berfungsi sebagai hab pengangkutan penting bagi penduduk tempatan dan pelancong yang datang ke San Marino.
4. Monaco
Monaco ialah negara kedua terkecil di dunia selepas Vatican City dan tidak memiliki lapangan terbang. Pelancong yang ingin ke negara ini perlu menggunakan teksi, menaiki bot, atau kereta api setelah tiba di Lapangan Terbang Nice di Perancis.
Memandangkan saiz negara ini sangat kecil dan tiada kawasan khas untuk pesawat mendarat, Monaco memutuskan untuk tidak membina lapangan terbang sendiri.
5. Liechtenstein
Liechtenstein terdiri daripada kawasan berbukit dan lereng yang landai, dan merupakan negara kecil dengan keluasan kurang daripada 75 kilometer persegi. Jika Liechtenstein ingin membina lapangan terbang sendiri, kemungkinan besar mereka harus menambak dan mengambil sebahagian tanah dari wilayah Austria.
Bagi mengelakkan konflik diplomatik dengan negara jiran, Liechtenstein memilih untuk tidak membina lapangan terbang. Oleh itu, penduduknya perlu memandu atau menaiki bas untuk ke lapangan terbang terdekat di Zurich, Switzerland, yang terletak sejauh 120 kilometer.