Jadi pengadil kampung pun tak layak – Bekas pengadil FAM

Photo of author

By Syima Iza

Jadi pengadil kampung pun tak layak – Bekas pengadil FAM.

“Jika itu corak pengadilannya, saya berpandangan bukan hanya aksi final Piala Malaysia tidak layak, malah adili perlawanan bertaraf kampung pun tak layak,” dakwa bekas pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Beliau yang enggan memaklumkan namanya akui kesal dengan mutu pengadilan S Logeswaran yang jelas merosakkan kemeriahan perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-102 membabitkan pertemuan Terengganu FC (TFC) menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Jadi pengadil kampung pun tak layak - Bekas pengadil FAM

Katanya, sebagai seorang pengadil profesional yang diamanahkan untuk mengadili perlawanan penting dan paling berprestij dalam negara itu, ada ketikanya kesilapan boleh berlaku lebih-lebih lagi di depan ribuan penyokong fanatik kedua-dua pasukan.

Namun jelasnya, kesilapan pengadil dari Selangor itu terlalu mudah selain berat sebelah atau bias kepada pasukan lawan berdasarkan beberapa situasi dalam pengamatan saya sebagai pengadil FAM lebih 15 tahun sekali gus merencat kerancakan perlawanan.

“Apa yang boleh saya simpulkan mutu pengadilan dalam perlawanan itu terlalu teruk dan ‘hancur’, malah tidak keterlaluan boleh saya katakan pengadil ‘meragut’ kerancakan perlawanan selain memusnahkan hajat pasukan Pantai Timur itu untuk menang.

“Selain itu dia juga dilihat bagaikan tidak ‘menjaga’ penyokong TFC yang datang dari pelbagai daerah dengan kos yang tinggi selepas mempamerkan mutu pengadilan yang teruk, sebaliknya pengadil seolah-olah sengaja membangkitkan kemarahan peminat skuad Penyu.

“Keputusan tidak tepat yang diputuskan pengadil perlawanan itu dalam beberapa situasi bukan sahaja boleh dinilai oleh peminat kedua-dua pasukan dan penggiat sukan nombor satu itu, malah saya fikir murid darjah satu pun boleh menilai tepat atau tidak keputusannya.

“Kita lihat penalti yang diberikan kepada JDT pada minit keenam jelas tanpa kekasaran dilakukan pemain TFC ke atas penyerang, Fernando Forestieri, sebaliknya ia hanya simulasi pemain kelahiran Argentina itu, sepatutnya kad kuning diberikan kepadanya.

“Kedua tindakan keras kapten JDT, Jordi Amat ke atas penyerang TFC, Ivan Mamut dalam kotak penalti pada babak pertama sepatutnya dilayangkan kad merah kerana tindakan mengasari dari belakang ketika pemain Croatia itu berpeluang 100 peratus untuk menjaringkan gol, tapi hanya kad kuning.

“Malah lebih menyedihkan keputusan awal tidak memberikan sepakan penalti kepada TFC biarpun jelas dikasari sebelum Logeswaran mengubah keputusan kepada sepakan penalti selepas campur tangan daripada pembantu pengadil.

“Jadi pandangan saya bukan mahu jatuhkan maruah pengadil, tapi tindakan tidak profesional pengadil itu tidak boleh diterima seluruh peminat bola sepak, bagi pandangan saya dia tidak layak mengadili perlawanan penting itu, malah peringkat kampung pun tidak layak,” katanya yang mengharapkan video bantuan pengadil (VAR) perlu cepat dilaksanakan bagi mengelak lebih banyak pasukan teraniaya.

Pada perlawanan itu JDT yang mendapat ‘bantuan’ pengadil mengekalkan gelaran juara selepas menang 3-1 hasil sepakan penalti Bergson Da Silva dan Arif Aiman Hanapi selain gol padang Feroz Baharudin manakala gol tunggal TFC sepakan penalti Ivan Mamut.

Sumber

Baca lagi:
“Pengadil paling teruk dalam sejarah pertandingan akhir Piala Malaysia, siapalah yang pilih dia”
Pekerja pembaca meter TNB sedekah ‘lolipop’ kepada kanak-kanak dapat pujian ramai
Berang kena tegur potong tak bagi isyarat, pemandu Wira rempuh penunggang motosikal dua kali