Isu makanan berulat masa perkahwinan Putera Mateen, ini penjelasan Menteri Brunei

Photo of author

By Syima Iza

Isu makanan berulat masa perkahwinan Putera Mateen, ini penjelasan Menteri Brunei.

Di sebalik gilang gemilang majlis perkahwinan putera dari Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dengan pasangannya, Dayang Anisha Rosnah Adam, muncul pula satu berita kurang enak didengar berkenaan majlis tersebut.

Menurut laporan media, terdapat aduan mengenai makanan berulat diberikan kepada penjawat awam dan pelajar sekolah yang terlibat dalam perarakan diraja yang diadakan pada Ahad lepas.

Isu makanan berulat masa perkahwinan Putera Mateen, ini penjelasan Menteri Brunei

Menteri Dalam Negeri Brunei, Dato’ Seri Setia Awang Ahmaddin Abdul Rahman yang juga pemangku Menteri Pendidikan berkata, sebanyak 23,800 bungkusan makanan telah diberikan kepada pelajar dan 15,700 bungkusan makanan pula diberikan kepada penjawat awam.

Walau bagaimanapun, sebanyak 775 roti yang disediakan kepada tiga sekolah didapati tidak sesuai untuk dimakan.

Tambah Awang Ahmaddin lagi, penyediaan makanan tersebut telah diuruskan oleh Kementerian Pendidikan dan tender dibuka berdasarkan kriteria yang ditetapkan seperti kos dan kebolehan dalam menyediakan makanan.

18 syarikat juga telah diarahkan untuk penyediaan makanan berdasarkan zon masing-masing.

Pun begitu, mujurlah tiada kes yang melibatkan sakit perut dan gastroenteritis yang dikesan di antara mereka yang terlibat dalam majllis perarakan tersebut.

Menteri Kesihatan Brunei, Dato Seri Setia Dr Mohd Isham Jaafar walau bagaimanapun menegur para penerima tender untuk lebih serius dalam memastikan kebersihan makanan kerana ia melibatkan pelbagai pihak.

Sumber

Baca Juga:

Siapakah Dayang Anisha? Wanita yang berjaya tawan hati Putera Mateen
Isteri Daim petik Shakespeare ‘sound’ Anwar
Berdosa suami tekan butang ‘like’ gambar perempuan cantik