Isteriku adalah kakak kandung ku sendiri

Isteriku adalah kakak kandung ku sendiri

Isteriku adalah kakak kandung ku sendiri. Dunia seorang lelaki jadi gelap seketika apabila mengetahui hakikat isteri dikahwininya sejak enam tahun lalu adalah kakak kandungnya.

India Times melaporkan, kebenaran itu terbongkar selepas lelaki berkenaan menjalani ujian bagi menentukan sama ada dia layak mendermakan buah pinggang kepada ‘isterinya’ atau sebaliknya.

Lelaki itu mendakwa dia tidak tahu lebih awal selepas diambil sebagai anak angkat selepas dilahirkan dan tiada maklumat mengenai siapa ibu bapa kandungnya.
Isteriku adalah kakak kandung ku sendiri

Gambar hiasan

“Sejurus selepas anak kami dilahirkan, isteri saya jatuh sakit dan perlu menjalani prosedur pemindahan buah pinggang.

“Kami cuba berikhtiar mencari penderma dalam kalangan ahli keluarga namun tiada saudara maranya yang sesuai.

“Jadi, saya ambil keputusan untuk menjalani ujian bagi melihat sama ada saya boleh menderma walaupun tahu ia tidak mungkin,” katanya menerusi perkongsian di Reddit yang sudah dipadam.

Katanya, doktor kemudian memberitahunya ada keperluan untuk menjalankan penyelidikan tambahan kerana data hasil ujian antigen leukosit manusia (HLA) dan dia bersetuju tanpa memikirkannya.

Lelaki itu kemudian menerima keputusan ujian dan mendapati dia serta isterinya mempunyai peratusan padanan yang luar biasa tinggi.

“Saya terkejut dan bingung. Doktor menjelaskan bahawa disebabkan cara maklumat DNA diturunkan dari generasi ke generasi, adik-beradik boleh mempunyai padanan 0 hingga 100 peratus dan ibu bapa serta anak-anak boleh mempunyai sekurang-kurangnya 50 peratus padanan.

“Padanan tinggi sebagai suami isteri adalah luar biasa. Rupanya, saya dan isteri ada pertalian darah, saya tidak bergurau. Walaupun saya tidak pasti apa yang perlu dilakukan seterusnya, saya sedar ia mungkin tidak betul,” katanya.

Bagi mendapatkan kepastian, dia meminta nasihat daripada orang lain

“Saya rasa tiada gunanya hebohkan ke seluruh dunia ketika ini kerana kamu sudah berkahwin dan tidak boleh mengulanginya,” kata seorang pengguna.

Baca Lagi:
Hidup lelaki ini hancur selepas 6 tahun kahwin baru tahu isterinya….
Ustaz Azhar Idrus masuk hospital, minta orang ramai mendoakannya
Suami cuba sorok perangai pelik dia dan cuba sayangkan isteri seperti lelaki lain, semua kerja rumah buat tapi akhirnya terbongkar selepas isteri jumpa gambar lama..
CATEGORIES