Isteri tidak mengenang budi suami, hutang keliling pinggang minta pula belikan kereta baru

Photo of author

By Syima Iza

Isteri tidak mengenang budi suami, hutang keliling pinggang minta pula belikan kereta baru. Sekarang dah setahun saya tak bagi mak ayah duit sebab terpaksa tanggung hutang isteri. Tak sangka dia banyak hutang sebelum kahwin. Baru ni dia minta plak kereta baru, saya cakap saya tak mampu. Terus dia masam muka, sampai kawan dia hantar gambar isteri keluar makan dengan lelaki, dah setahun saya tak beri duit kepada mak ayah. Saya adalah anak sulung. Adik – adik saya di kampung masih belajar lagi.

Mak ayah dah umur 50 lebih. Masih lagi menanggung anak – anak dengan kerja kebun di kampung. Sedihnya saya rasa tengok mereka yang dah tua terpaksa bekerja keras. Sedangkan kalau tak menanggung hutang isteri saya, saya boleh beri mak ayah saya RM400 sebulan paling sikit.

Serba sedikit tentang saya, saya ni seorang kerani di sebuah pejabat. Dalam tahun lepas, rezeki saya sampai awal dan saya dapat naik gaji sampai gaji saya jadi around RM3k. Saya ada buat kerja sampingan grab, walaupun tak menguntungkan sangat, tapi saya boleh la dapat lebih dalam RM500 ke RM1k ikut rezeki.

Isteri tidak mengenang budi suami, hutang keliling pinggang minta pula belikan kereta baru
Gambar hiasan

Tapi ada hari saya tak dapat job pun sebab grabfood ni kerja kedua, saya perlu fokus kerja pertama. Saya sewa rumah, beli kereta. Kereta tu sebenarnya tak mampu, tapi saya buat 9 tahun loan alhamdulillah boleh buat pergi kerja dan balik kampung sebulan sekali jumpa mak ayah.

Total saving saya, boleh kata dalam RM400 sebulan secara purata. Lepas setahun consistently dapat simpan RM400 sebulan, kadang – kadang sampai RM900 pun ada, (simpanan ni tak termasuk bila saya buat grabfood ye) saya rasa pengurusan kewangan saya dah mantap.

Jadi saya pun pasang niat untuk berkahwin dan saya kenal dengan seorang wanita ni selama setahun. Dia pun kerani juga, gajinya dalam RM1.5k (gaji minima). Mula – mula saya tak kisah sangat, sebab nafkah dah jadi tanggungjawab seorang suami.

Jadi kalau calon isteri tak berduit pun, bukan masalah bagi saya. Sepanjang perkenalan memang saya tanya betul – betul expectation dia selepas berkahwin, dan hutang – hutang dia semua saya tanya. Tapi dua bulan sebelum kahwin, baru dia bagitahu yang hutang dan tanggungan dia bulan – bulan ialah RM1.4k. Pinjaman sana sini.

Tapi saya teruskan juga perkahwinan tu sebab asalkan dia tak kisah bekerja untuk bayar hutang sendiri, itu pilihan dia. Saya sekadar beri nafkah duit belanja di samping beri kelengkapan kehidupan. Selepas berkahwin, apa yang dia ungkapkan sebelum ni berubah.

Dulu katanya tak kisah berjimat dan bersusah payah dalam awal perkahwinan, tapi sekarang dia minta saya tanggung hutang dia sebagai nafkah. Saya akur, sebab nak dia bahagia dan saya memang ada duit lebih sikit. Tak baik kedekut dengan isteri.

Dia pula berjoli sana sini dengan duit belanja yang saya beri. Selepas setahun, saya tak larat nak buat grabfood lagi dah. Gaji dan pangkat saya naik lagi alhamdulillah sampaikan saya boleh cover keuntungan grabfood dengan 1 pekerjaan sahaja.

Saya kurangkan grabfood di samping saya tanggung hutang isteri, groceries dan lain – lain yang saya anggap nafkah rumah, dan saya masih boleh simpanan RM100 sebulan untuk kegunaan kecemasan. Isteri saya masih bekerja RM1.5k cuma kini hutang dia tinggal separuh RM500 sebulan sahaja sebab saya dah tanggung sebahagian besar hutangnya.

Tiba – tiba dia nak kereta baru pula! Saya ada kereta yang belum habis bayar, dan saya beri dia guna hampir sepenuhnya! Saya naik grab ataupun motor ke tempat kerja. Ada waktu tertentu sahaja yang kami berkongsi kereta. Katanya leceh berkongsi macam tu.

Saya kata, kita tak mampu. Dia suruh saya cari kerja lain untuk tampung keinginan dia. Sepanjang kahwin saya susah nak menyimpan sebab hutang – hutang lama isteri, dan dia plak boleh je buat simpanan RM800 sebulan.

Saya tak pernah sentuh pun duit dia. Dia mampu bayar je untuk bayar bulan – bulan kereta baru yang dia nak, tapi dia nak letakkan itu di bawah tanggungjawab saya juga. Saya pujuk dia jangan tambah beban di bawah saya, saya suruh dia bayar sendiri.

Masalahnya sekarang dia bermasam muka dengan saya. Dah seminggu saya tidur di ruang tamu. Saya dah dua kali lalu pejabat agama daerah, memikirkan patut atau tidak kami bercerai. Saya pujuk isteri saya supaya duduk di meja makan untuk berbincang bersemuka, tapi dia tak nak.

Saya dia buat tak wujud. Saya call dia turn off phone. Di rumah saya tanya dia di mana, dia tak jawab. Semalam kawan kerja dia ada hantar gambar dia keluar lunch dengan kawan kerja lelaki dia berdua. Macam – macam hal dia buat sejak saya kata tak mampu nak beri dia kereta baru.

Saya whatsapp tanya dia nak bercerai ke? Rupanya saya dah kena block. Entahlah. Saya nasihatkan kepada adik – adik di luar sana, saya nak beri pandangan saya. Baik lelaki baik perempuan, pastikan anda pilih orang yang betul sebagai pasangan.

Kalau dari awal perkenalan dah pakai banyak duit, angkat lah kaki. Kalau banyak redflag, tak perlu bersangka baik, angkat lah kaki. Jadilah lelaki / perempuan yang bijak, janganlah dipijak. – Mechamato (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Atira Alias : Isteri tidak mengenang budi suami. Kesian. Paling kesian pergi pula dengan lelaki lain. Berdoalah kepada Allah agar ditemukan jalan. Cari profesional yang boleh tolong encik. Please. Jumpa dulu pakar hak rumah tangga. Selamat dahulu. Kalau tak boleh dan sudah berusaha, keputuusan di tangan encik. Kesilapan besar isteri encik, bila telah keluar makan dengan lelaki lain…. Allah.

Sue Ieda : Ceraikan sahaja kalau isteri taknak dengar cakap suami yang baik. Awak berlembut sangat dengan dia tu yang sedap dia makan duit awak. Atur – atur nak itu ini. Tak sedar diri miskin hutang banyak tapi lagak macam diva. Perempuan ramai. Cari perempuan yang baik – baik jelah. Patut awak buat perjanjian hitam putih dengan dia sebelum kahwin. Kalau rasa tak bahagia, cerai lah.

Azma Affandi : Kesian mak ayah kat kampung. Tipu la kalau mak ayah tak berharap nafkah dari anak – anak. Bela dari kecik sampai besar bersengkang mata nak besarkan anak – anak. Dapat gaji perabis ke bini. Agak – agak laaaa..

Baca Lagi:
Lelaki teruk kena belasah ditangkap berdua-duaan dengan isteri orang
Cuti sekolah dah bermula! Ini senarai Theme Park, Water Park untuk bawa keluarga bercuti
Suami isteri terus jadi kaya, jumpa syiling emas bernilai RM1.3 juta tertanam di bawah dapur