Isteri terkejut suami senyap-senyap fail cerai, rupanya ada kekasih baru

Photo of author

By Syima Iza

Isteri terkejut suami senyap-senyap fail cerai, rupanya ada kekasih baru. Membina rumahtangga yang utuh memerlukan kesefahaman daripada suami dan isteri.

Jika kasih sayang yang diberikan hanya bertepuk sebelah tangan maka ikatan perkahwinan itu pastinya terlerai.

Begitulah pengalaman yang diceritakan individu ini apabila kakaknya diceraikan si suami kerana hati sudah berubah kepada wanita lain.

Dalam satu luahan tanpa nama di Twitter, individu itu bersimpati dengan nasib kakaknya yang dibiarkan terkapai-kapai oleh suaminya yang tidak bertanggungjawab.

Isteri terkejut suami senyap-senyap fail cerai, rupanya ada kekasih baru
Gambar hiasan

“Baru bulan lepas kakak saya bercerai dengan bekas suami.

“Tak ada ribut tak ada angin tiba-tiba pejabat agama call cakap kena pegi mahkamah sebab bekas suami failkan cerai.

“Kakak saya setiap malam menangis fikir kenapa dia diceraikan,” katanya menceritakan semula situasi kakaknya.

Isteri terkejut suami senyap-senyap fail cerai, rupanya ada kekasih baru

Selepas diceraikan, individu itu mendakwa bekas abang iparnya langsung tidak datang melawat kakak dan anaknya untuk melihat keadaan mereka.

“Lepas cerai je, bekas suami dia memang selalu tak ada dekat rumah sebab selalu post gambar dekat luar.

“Dan kakak saya dapat rasakan yang bekas suami dia ada perempuan lain, sekali memang betul.

“Bekas suami dia ada perempuan lain tapi kemungkinan perempuan tu tak tahu yang dia bercinta dengan duda anak satu,” ujarnya.

Perkara yang lebih mengguris hati adalah apabila bekas suami kakaknya langsung tidak ambil kisah untuk berjumpa dengan anak mereka yang sangat merinduinya.

Isteri terkejut suami senyap-senyap fail cerai, rupanya ada kekasih baru

“Yang paling sakit hati apabila bekas suami kakak sanggup pilih nak jumpa dengan perempuan tu dari spend time dengan anak sendiri.

“Padahal anak sendiri menangis-nangis rindu dekat ayahnya.

“Kepada perempuan tu, awak bukan sahaja rampas suami orang tapi awak rampas kasih sayang seorang ayah daripada anak yang berumur dua tahun.

“Saya menulis ni pun sambil mengalir air mata,” katanya penuh kesal dengan nasib yang menimpa kakaknya.

Menjengah ke ruangan komen, segelintir warga maya mempertahankan wanita baharu yang hadir dalam hidup bekas abang iparnya.

“Awak pun ada cakap yang kemungkinan perempuan tu tak tahu dia bercinta dengan lelaki orang anak satu.

“Kenapa tiba-tiba nak tuduh perempuan itu perampas. Patutnya jantan tu je yang dimaki.

“Wanita tu pun mungkin mangsa keadaan,” kata pelayar itu.

Warga maya yang lain mengatakan balasan akan menghantui bekas suami kakak individu berkenaan di atas perbuatannya.

“Kifarahnya apabila dah tua nanti anak tak pedulikan dia. Memang melarat masa tua nanti.

“Dah tua nanti jangan baru nak claim itu anak. Kalau anak tak nak bela jangan label dia anak derhaka pula.

“Jantan macam ni bila dah tua baru heboh nak cari anak-anak,” kata sebilangan warga maya.

Baca Lagi:
Penat baiki penyaman udara, suami orang dan janda anak dua dicekup
Kecoh budak lelaki conteng kereta awam dengan perkataan tak senonoh di Sungai Ara
Aksi biadap 2 lelaki lempar wang pada qariah cetus kemarahan