Isteri Shah Rukh Khan pernah berdoa agar filem suaminya gagal.
Rasanya semua orang tahu betapa berjayanya Shah Rukh Khan sebagai seorang aktor Bollywood, baik di India mahupun di luar negara. Bergelar aktor selama lebih 30 tahun, di sebalik kejayaan besarnya itu, ada sosok isteri yang pernah berharap agar salah satu filemnya menemui kegagalan.
Nak tahu kenapa? Berikut adalah jawapan dari Gauri Khan.
Kenapa Gauri Khan Berharap Filem Suaminya Gagal?
Melihat kejayaan dan populariti suaminya, ada kalanya Gauri ‘berdoa’ dan berharap agar salah satu filem Shah Rukh Khan gagal. Ini kerana ada ketika dia merasa kurang senang apabila Shah Rukh Khan berpindah ke Mumbai untuk mengejar kariernya dalam dunia perfileman.
Dalam sebuah wawancara, Gauri berkongsi bahawa pada waktu itu dia belum sepenuhnya memahami kemasyhuran Shah Rukh Khan yang semakin meningkat.
View this post on Instagram
Melihat perubahan besar dalam hidup mereka membuatkan Gauri terkejut dan sukar menyesuaikan diri, sehingga dia berharap filem Shah Rukh Khan gagal agar mereka sekeluarga boleh kembali ke Delhi.
“Saya tidak begitu gembira apabila dia pergi ke Mumbai. Saya sebenarnya tidak tahu bila dia menjadi bintang. Ia mengejutkan saya, kali pertama berada di sini.”
Gauri Khan juga mengakui bahawa dia tidak pernah menyangka kesan setiap kejayaan filem Shah Rukh Khan. Apabila filem pertamanya, Deewana, berjaya, Gauri tidak menyedari impaknya.
Gauri hanya benar-benar menyedari kejayaan Shah Rukh Khan selepas filem Dilwale. Baginya, peralihan pantas Shah Rukh Khan daripada seorang pelakon baru kepada seorang superstar adalah sangat mengejutkan.