Isteri seksa, dera suami selama 20 tahun

Photo of author

By Syima Iza

Isteri seksa, dera suami selama 20 tahun. Seorang wanita di Britain yang meneguk tiga botol wain sehari dihukum penjara selepas didapati bersalah menyeksa suaminya selama 20 tahun, lapor akhbar Daily Star.

Shree Spencer, 45, mendera suaminya secara serius sehingga lelaki itu mengalami kecederaan pada telinga, manakala sikunya patah. Butiran kes itu didedahkan di Mahkamah Hull Crown minggu lepas.

Wanita itu mengaku bersalah memaksa dan mengawal suaminya yang mendakwa bahawa dia ‘dikurung’ oleh isterinya antara Januari 2016 hingga Jun 2021.

Isteri seksa, dera suami selama 20 tahun
Gambar hiasan

Perbuatan Shree sangat kejam sehingga dia pernah memukul kepala suaminya dengan gelas wain dan mencekik leher lelaki tersebut.

Lelaki yang tidak didedahkan identiti itu menyerahkan 43 gambar, 36 klip video dan sembilan rakaman telefon bimbit kepada polis sebelum perbuatan isterinya terbongkar.

Isteri seksa, dera suami selama 20 tahun

Suaminya dalam satu kenyataan berkata, dia menjadi mangsa penderaan fizikal dan mental selama 20 tahun.

“Dia mengancam untuk membuat dakwaan palsu mengenai saya kepada polis. Saya takut jika bersuara. Dia terus mengawal saya,” jelas lelaki itu.

Peguam Shree, Richard Pratt menggelar kes itu sebagai ‘mengejutkan dan menyusahkan’, sambil menambah bahawa alkohol memainkan peranan penting dalam kes tersebut.

Campuran alkohol dan ubat menyebabkan wanita itu berkelakuan sedemikian sehingga mengakibatkan kesakitan dan penghinaan kepada suaminya.

Shree dikenakan perintah untuk tidak mendekati suaminya sepanjang hayat dan tersenyum aneh ketika dibawa untuk menjalani hukuman penjara selama empat tahun.

Baca Lagi:
Wanita dipecat majikan sering ambil MC hari isnin dapat pampasan RM18,406
Rumahtangga musnah kerana terlalu mengejar syurga ibu
Cleaner jumpa duit syiling tahun 1930 berharga RM177,200 sekeping semasa bersihkan rumah majikan