Isteri redha dapat suami ‘Gay’, terpaksa simpan rahsia jijik demi jaga hubungan rumah tangga.
Lelaki songsang biasanya akan kekal bujang sehingga tua kerana tidak mempunyai nafsu terhadap wanita. Namun, terdapat juga golongan lelaki gay yang memilih untuk berkahwin atas desakan keluarga, faktor usia, atau demi menjaga pandangan masyarakat.
Baru-baru ini, seorang wanita telah meraih perhatian netizen di laman X selepas mendedahkan bahawa suaminya merupakan lelaki bernafsu songsang. Dalam pendedahan tersebut, wanita berkenaan menyatakan dia terpaksa memendam rahsia itu demi mengekalkan keharmonian rumah tangganya.
**”Aku tahu laki aku gay, tapi aku simpan sendiri sebab aku tak mahu rosakkan hubungan kami. Aku tahu dia songsang sebab aku jumpa chat dia dengan jantan, anak ikan dia.
“Apabila aku tanya siapa tu, dia cakap itu kawan dia saja. Ingat aku bodoh ke, berkawan tapi ada sayang-sayang?”** luah wanita yang enggan mendedahkan identitinya.
Usaha yang Gagal
Menurut wanita tersebut, dia telah mencuba pelbagai cara untuk menghentikan hubungan suaminya dengan lelaki lain, namun usaha itu tidak berhasil kerana suaminya enggan berubah.
**”Aku beritahu suami supaya jangan berkawan lagi dengan jantan tu. Siap aku block nombor telefon jantan tu. Eh, tiba-tiba aku periksa, dia unblock balik.
“Entahlah, sekarang ni aku cuma nak jalani hidup apa adanya saja. Aku reda je lah. Kalau nak tahu, laki aku tu macam lelaki normal je,”** tambahnya.
Selain mesej yang mencurigakan, wanita itu turut mendakwa suaminya sering melayari media sosial untuk menonton video lucah gay.
**”Pernah sekali aku periksa history Twitter (X) dia. Penuh dengan carian porno gay. Yang lebih menyakitkan, aku tahu benda ni semasa aku hamil.
“Aku search the whole conversation dia dengan jantan-jantan. Tapi setakat ni aku tak pernah jumpa pula bukti dia pernah check-in ke tak,”** ujarnya.
Reaksi Netizen
Di ruangan komen, pelbagai pendapat dikongsi netizen. Ada yang mengatakan suami wanita itu bukanlah gay sepenuhnya, sebaliknya seorang biseksual kerana mempunyai kecenderungan terhadap kedua-dua jantina.
“Ini namanya biseksual. Dua-dua dia suka,” tulis seorang netizen.
Tidak kurang juga yang mengkritik wanita tersebut kerana terus bertahan dalam perkahwinan tersebut:
**”Anon, dah tahu dia gay. Cerai je lah. Bodoh apa hang ni?
“Esok dah kena HIV takkan baru nak menyesal,”** komen netizen lain.
Pendedahan ini mencetuskan perbincangan hangat di media sosial, dengan ramai memberikan nasihat supaya wanita itu mempertimbangkan semula keputusan untuk terus memendam perasaannya dan meneruskan perkahwinan.