Isteri polis mengamuk di sekolah kerana anak diberi suntikan vaksin tanpa izin

Isteri polis mengamuk di sekolah kerana anak diberi suntikan vaksin tanpa izin

Isteri polis mengamuk di sekolah kerana anak diberi suntikan vaksin tanpa izin.

Seorang ibu mengamuk di sebuah sekolah rendah kerana marah setelah anaknya diberikan suntikan vaksin tanpa kebenaran daripadanya terlebih dahulu, lapor portal berita detik sumut semalam.

Kejadian berlaku di wilayah Maluku, baru-baru ini.

Isteri polis mengamuk di sekolah kerana anak diberi suntikan vaksin tanpa izin

Ibu yang merupakan isteri seorang anggota polis itu juga berang kerana kenyataan pihak sekolah menyinggung perasaannya.

Ketua Polis Maluku, M Roem Ohoirat berkata, wanita itu mengamuk kerana dia tidak dapat menerima bahawa anaknya disuntik vaksin tanpa izin, manakala maklum balas pihak sekolah menyebabkan dia kesal.

Dalam pada itu, Setiausaha Yayasan Pendidikan Katholik, Amboina John Dumatubun menyatakan, sekolah berkenaan tidak memberikan suntikan vaksinasi sebaliknya hanya membenarkan murid-muridnya menerima suntikan imunisasi.

Menurutnya, maklumat kejadian itu sudah diperoleh pihak polis.

Kejadian itu berlaku di Sekolah Dasar Xaverius Ambon, Kota Ambon pada Rabu lalu dan video isteri anggota polis itu mengamuk tular di media sosial.

@15minitmmtv VAKSIN ANAK TANPA IZIN PUNCA ISTERI MENGAMUK BERITA 15 MINIT MMTV | 02 OKTOBER 2023 #15minitmmtv #utusanonline #kosmoonline #mmtv #berita #relevan #mutakhir #beritatiktok #newstrendingmalaysia ♬ original sound – 15 MINIT MMTV

Baca Lagi:
6 ‘sebab’ popular gadis melayu suka abang Bangla yang ramai lelaki Malaysia tak tahu
Setelah tular anak kucing kena simbah cat, Persatuan haiwan Malaysia tawar ganjaran RM3,000 bantu kesan pelaku
Selepas tular video kumpulan skinhead, punk menari dalam dewan di Gua Musang, polis tahan lelaki pesakit mental
CATEGORIES