Isteri pilih jadi ‘childfree’ selepas tak yakin jawapan suami yang kuat main game ML

Photo of author

By Syima Iza

Isteri pilih jadi ‘childfree’ selepas tak yakin jawapan suami yang kuat main game ML.

Setiap anak yang dilahirkan membawa makna rezeki yang berbeza bagi setiap keluarga.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di aplikasi X, seorang individu bertekad untuk tidak mahu mempunyai anak.

Isteri pilih jadi 'childfree' selepas tak yakin jawapan suami yang kuat main game ML

Ujarnya, jawapan suami tidak meyakinkan untuk mereka menimang cahaya mata.

“Saya buat keputusan untuk childfree lepas dengar jawapan suami. Kami bincang, kalau saya berhenti kerja nanti, saya yang kena jaga anak dan kemas rumah. Suami cakap, balik kerja dia main telefon sebab itu je masa dia ada untuk berehat.”

Dalam pada itu, individu tersebut menyatakan bahawa suaminya merupakan seorang ‘gamer’.

Berkongsi lanjut, individu terbabit enggan mengambil risiko menghadapi masalah gangguan mental dengan pelbagai kes yang dilihat saban hari.

“Saya boleh bayangkan nanti macam mana. Saya takut meroyan sebab suami tak membantu jaga anak. Saya faham balik kerja penat, tapi jaga anak, kemas rumah, dan memasak berkali ganda penat. Lagipun baru-baru ini, ada kenalan yang bercerai sebab penat kerja dan anak masih kecil.”

Baca Lagi:
Jemaah kecewa ‘makcik’ herdik wanita depan khalayak ramai kerana bawa anak ke masjid
Elon Musk ramal Singapura bakal pupus
Yoga ini ‘ritual’ dari agama Hindu, muslim tak boleh sertai Yoga – Presiden MYSA