Isteri pengetua sekolah pondok simbah air cili pada badan pelajar

Photo of author

By Syima Iza

Isteri pengetua sekolah pondok simbah air cili pada badan pelajar.

Seorang isteri kepada pengetua sebuah sekolah pondok di Aceh Barat telah mengundang kecaman orang ramai kerana menyiksa seorang pelajar dengan menyimbah air cili pada tubuh mangsa, lapor saluran berita Tribunnews semalam.

Rakaman yang dimuat naik di platform X oleh akaun @Heraloebss memaparkan seorang pelajar berusia 15 tahun sedang ‘dimandikan air cili’ oleh wanita terbabit.

Isteri pengetua sekolah pondok simbah air cili pada badan pelajar

Akibat tidak tahan dengan kepedihan, mangsa melompat ke dalam kolah sambil mengusap badannya yang kelihatan merah.

“Pelajar disimbah air cili oleh isteri kepada pengetua sekolah pondok (pesantren) kerana melanggar peraturan,” demikian menurut keterangan video tersebut.

Ketua Polis Aceh Barat, Iptu Fachmi Suciandy, menyatakan bahawa suspek telah ditahan atas dakwaan melakukan penyiksaan terhadap pelajar.

Rakaman itu mencatatkan lebih daripada 9.9 juta tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai netizen.

“Tempat mencari ilmu menjadi tempat penyiksaan manusia,” sindir seorang netizen.

“Kena tangan sahaja dah panas (cili), apatah lagi kena badan,” komen netizen lain.

Baca Juga:
Wanita terkejut baru 3 hari kerja, bos ajak kahwin siap beri 3 buah rumah dan tanah
Peniaga Thailand dedah selama 10 tahun jual petrol seludup dari Malaysia
Kisah anak jutawan Malaysia tempa kejayaan sebagai pengasas ‘Grab’ pernah bekerja 20 jam sehari