Isteri pendakwah Ustaz Farid Ravi meninggal dunia

Photo of author

By Syima Iza

Isteri pendakwah Ustaz Farid Ravi meninggal dunia. Isteri kepada pendakwah Prof. Madya Datuk Dr.Mohd Ravi atau lebih dikenali Ustaz Farid Ravi iaitu Datin Hajah Suziana Mohd Soyong dimaklumkan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang sekitar pukul 5.40 petang tadi.

Berita duka itu disampaikan oleh pendakwah terbabit menerusi laman Facebook rasminya pada pukul 6.21 petang.

“Kepada semua yang mengenali isteri saya, mohon doakan kebaikan dan keampunan untuk Allahyarham. Juga mohon dimaafkan salah dan silap sekiranya ada berhutang mohon dihalalkan atau tuntutlah hutang daripada saya,” katanya dalam hantaran hari ini.

Isteri pendakwah Ustaz Farid Ravi meninggal dunia

Menurut beliau, solat jenazah diadakan selepas solat Isyak di Masjid Bandar Seri Putra, Bangi.

“Perginya insan yang paling mengenali saya dan banyak jasanya. Abang doakan agar Ummi ditempatkan bersama para solihin.

“Semoga Abah kuat jaga hadiah Ummi enam orang dengan baik. Tenanglah Ummi di sana,” katanya.

Baca Lagi:
Wanita ini ikhlas bagi suami kahwin lain, tapi syaratnya buat suami jadi meroyan
Ayam jantan berkokok tanda kehadiran Malaikat adalah benar
Anak stres mak ayah kawal duit, masa kahwin duit ‘salam kaut’ lesap dibuat pergi bercuti dan beli emas