Isteri nekad seret, langgar suami sampai patah kaki selepas ‘kantoi’ curang

Photo of author

By Syima Iza

Isteri nekad seret, langgar suami sampai patah kaki selepas ‘kantoi’ curang.

Seorang suami patah kaki akibat dilanggar oleh isterinya sendiri selepas wanita itu ditangkap sedang curang bersama lelaki lain, lapor laman berita Berita Nasional semalam.

Kejadian itu berlaku di Jakarta Timur dan didedahkan oleh Timbalan Ketua Jawatankuasa III Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Ahmad Sahroni.

Isteri nekad seret, langgar suami sampai patah kaki selepas 'kantoi' curang

“Seorang suami yang mempunyai dua anak kecil menangkap isterinya berpegangan tangan dengan lelaki lain.
“Dia menjadi mangsa langgar lari dan diseret oleh kenderaan isterinya di tepi jalan di Jakarta Timur.
“Bukan sekadar seorang, malah isterinya curang dengan dua lelaki,” kata Ahmad Sahroni.

Bagaimanapun, tiada keterangan lanjut mengenai kronologi kejadian itu sehingga menyebabkan suami tersebut dilanggar oleh kereta yang dinaiki oleh isterinya.

Sementara itu, Ketua Polis Metro Jakarta Timur, Komisioner Nicolas Ary Lilipaly berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian itu dan kini sedang menyiasat.

“Kronologi lengkap tidak dapat didedahkan kerana penyiasat masih mengumpul maklumat,” katanya.

Baca Lagi:
Tular gambar Tok Mat merokok di kedai makan, ini respons Menteri Kesihatan
Lelaki kudung kedua belah tangan didakwa guna ilmu hitam cabul 17 perempuan
Jual 2 menu sahaja, wanita raih pendapatan RM16,000 sebulan dari hasil mesin layan diri